Utusan Borneo (Sarawak)

Kelas ‘79 SM St Joseph berjaya kutip RM36,161 baik pulih bangunan uzur

-

KUCHING: Wakil Kelas ‘79 Sekolah Menengah St Joseph menyampaik­an cek bernilai RM36,161 kepada Presiden Persatuan Bekas Pelajar St Joseph (OJA), Datuk Dr Sim Kui Hian.

Sim juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memuji inisiatif kumpulan tersebut kerana banyak berusaha dalam membantu mengutip dana untuk OJA.

“Sebelum ini terdapat laporan mengenai bangunan Blok Mill Hill berusia seabad di sekolah tersebut berada dalam keadaan usang dan tidak selamat untuk digunakan.

“Justeru, sekumpulan bekas pelajar St Joseph menyebarka­n berita berkenaan dan berjaya mengumpul lebih RM31,000 dalam tempoh beberapa hari sahaja,” katanya.

Sekolah St Joseph mempunyai tempat istimewa dalam hati ribuan pelajar yang pernah menjadi penuntutny­a sejak 135 tahun lalu.

Katanya, kempen rasmi menyelamat­kan bahagian ikonik di sekolah menengah berkenaan akan bermula pada 3 September depan dengan mengadakan acara larian.

Larian ‘Ora et Labora’ bermaksud ‘Berdoa dan Berusaha’ adalah juga moto sekolah berkenaan.

Bangunan tiga tingkat itu direka Pengetua Father Haidegger dan telah dirasmi Rajah Charles Brooke pada tahun 1894.

Kemudian Warta Sarawak 1895 menggambar­kan ia sebagai bangunan terbesar di Sarawak pada ketika itu.

Dua sayap baharu ditambah pada 1927 untuk memberi rupa blok Mill Hill itu sekarang.

Selepas digunakan selama hampir seabad, ia kini dimamah usia dan meninggal kesan untuk kerja membaik pulih struktur.

“Terompet sudah dibunyi dan anda sudah menyahut seruan kewajipan dengan cepat, lantang dan jelas,” katanya merujuk kepada lagu sekolah diingati semua bekas pelajar sekolah St Joseph.

Dengan menggunaka­n media sosial, terutama WhatsApp, bekas pelajar Lionel Shim Siang Fan berpengkal­an di Shenzhen, China menghubung­i bekas rakan sekelas di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom selain di sini.

Seramai 75 bekas pelajar telah menyahut seruan dan menyumbang jumlah di antara RM100 hingga RM2,500 seorang.

“Saya faham ia sukar untuk mengira jumlah akhir berjaya dikumpulka­n kerana ia sentiasa berubah setelah ramai menderma lebih daripada apa mereka janji,” kata Sim selepas mengimbau masa silam ketika minum kopi bersama bekas rakan sekelas di kantin sekolah.

Jelasnya, kumpulanny­a mencabar rakan sekolah lain dari tahun lain untuk berbuat perkara yang sama.

“Kita berharap anda tidak akan terlalu kecewa jika dalam semangat persaingan, persahabat­an di mana pelajar St Joseph sentiasa cemerlang, pelajar lain mahu mengatasi sumbangan anda yang dijangka dapat mereka lakukan,” katanya lagi.

Jika semua alumni menyumbang dengan murah hati seperti anda semua, ia tidak akan memakan masa lama sebelum bangunan yang kita banggakan ini diperbaiki semula untuk terus berkhidmat kepada generasi akan datang, ujarnya.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari usaha mengutip dana Blok Mill Hill di http:// oraetlabor­arun. com/ donations.

 ??  ?? TERIMA: Dr Sim menerima cek daripada wakil pelajar Tingkatan 5 tahun 1979 bagi tujuan tersebut, kelmarin.
TERIMA: Dr Sim menerima cek daripada wakil pelajar Tingkatan 5 tahun 1979 bagi tujuan tersebut, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia