Utusan Borneo (Sarawak)

Kad tular di media sosial bukan MyKAS tulen: JPN

-

PUTRAJAYA: Kad berwarna hijau, yang didakwa Kad Pengenalan Pemastauti­n Sementara ( MyKAS) yang tular di media sosial, didapati tidak menepati ciri- ciri fizikal MyKAS yang dikeluarka­n oleh Jabatan Pendaftara­n Negara ( JPN).

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohd Yazid Ramli berkata penelitian terhadap paparan MyKAS yang ditularkan di laman sosial oleh pihak tidak bertanggun­gjawab merupak a n t a n g k a p a n s k r i n ( screenshot) contoh MyKAS daripada laman web JPN pada 2012.

“Paparan contoh MyKAS telah pun dipadamkan oleh JPN susulan dakwaan sama pernah timbul pada tahun tersebut, dan contoh MyKAS tersebut dipercayai telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab dengan niat memburukka­n JPN,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu MyKAS bertajuk ‘ Benarkah pemegang Kad Pengenalan Sementara layak mengundi’ yang tular di media sosial.

Mohd Yazid menjelaska­n ciri- ciri fizikal MyKAS yang tulen adalah berwarna hijau sepenuhnya dengan catatan Pemastauti­n Sementara, status kewarganeg­araan tercatat dengan jelas sebagai BUKAN WARGANEGAR­A, gambar pemegang kad dipaparkan di ruang kanan kad serta kad itu memaparkan tarikh luput pada bahagian tengah di muka hadapan.

MyKAS hanya dikeluarka­n kepada individu bertaraf Bukan Warganegar­a yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan mengikut Peraturan 5(3) (c) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 iaitu seseorang yang memasuki Malaysia secara sah melalui pas imigresen atau permit sah dan dibenarkan menetap di Malaysia bagi tempoh 12 bulan dan ke atas atau seseorang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganeg­araannya tidak dapat ditentukan.

Mengenai dakwaan tiga individu bukan bertaraf warganegar­a Malaysia yang dikatakan layak mengundi walaupun hanya memiliki MyKAS, Mohd Yazid menjelaska­n dakwaan itu tidak benar kerana semakan rekod JPN mendapati bahawa ketiga-tiga nama yang dipaparkan pada MyKAS tersebut telah dianugerah­kan taraf kewarganeg­araan Malaysia di antara 2004 dan 2007.

“Sehubungan itu, mereka layak mengundi pada pilihan raya yang dijalankan selepas mereka dianugerah­kan taraf kewarganeg­araan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an orang ramai agar tidak mudah terpengaru­h dengan dakwaan tidak benar terutamany­a paparan melalui media sosial yang ternyata berniat tidak baik terhadap JPN serta bertujuan mengeliruk­an orang ramai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia