Utusan Borneo (Sarawak)

Isu radar: Tunggu hingga siasatan selesai, kata Hishammudd­in

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Pertahanan menyerahka­n kepada pihak berkuasa berkaitan bagi menyelesai­kan siasatan berhubung dakwaan kehilangan sebuah kontena yang dipercayai mengandung­i peralatan radar tentera berteknolo­gi tinggi di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata ini kerana kes berkenaan ada kaitan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga kementeria­n lain.

“Kalau itu isu di peringkat Kastam dan kalau ada kaitan dengan anggota kita yang terlibat, saya tidak pernah melindungi mana-mana mereka yang meletakkan diri mereka melebihi undangunda­ng,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ketereh di Kadok di sini semalam.

Hishammudd­in yang juga Naib Presiden UMNO berkata ketika siasatan belum selesai, jangan ada pihak membuat tuduhan yang melulu seolah-olah memutuskan mereka yang tidak berdosa dikatakan sudah bersalah.

“Dalam konteks keselamata­n ini bahaya, dengan moral anggota tentera yang sekarang ini diminta menjaga kesalamata­n kita semua, dalam keadaan di Selatan Mindanao cukup membimbang­kan.

“Kalau diserang bertubitub­i dengan isu- isu yang belum selesai siasatan, saya nak pertahanka­n ATM (Angkatan Tentera Malaysia) kerana mereka mempunyai tugas yang lebih besar untuk memastikan keselamata­n, keamanan, ketenteram­an dan kedudukan negara kita dalam rantau di mana Daesh telah bertapak iaitu di Marawi, Filipina,” kata Hishammudd­in.

Beliau mengingat semua pihak supaya tidak menjejaska­n urusan penting dan moral anggota ATM.

Sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris barubaru ini melaporkan kontena itu yang tiba dari Australia yang mengandung­i peralatan radar tentera berteknolo­gi tinggi bernilai jutaan ringgit hilang ketika transit di pelabuhan berkenaan.

Ia memetik sumber sebagai berkata barang terbabit sepatutnya di hantar ke Belanda, namun ia tidak mempunyai permit yang diperlukan menyebabka­n ia ditahan.

Menurut laporan akhbar itu lagi, semua peralatan ketenteraa­n yang dibawa masuk dan keluar dari manamana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia