Utusan Borneo (Sarawak)

Sejarah buat UUM disenarai dalam ranking APAC 2017

-

ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) melakar sejarah apabila disenarai di kedudukan ke-200+ dalam edisi pertama Times Higher Education Asia-Pacific University Rankings ( THE APAC) 2017 yang diumumkan baru-baru ini.

Ia berkata penyenarai­an itu merupakan satu sejarah dan amat membanggak­an buat UUM.

“Penyenarai­an dalam ranking ini meletakkan UUM setaraf dengan universiti terkemuka lain seperti Sophia University Japan, University of Seoul, Kansai University Japan, Meiji University, University of Philippine­s dan University of Indonesia,” kata UUM dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, kaji selidik yang dikeluarka­n Times Higher Education melatakkan UM pada kedudukan 200+ dalam penilaian yang melibatkan 243 universiti daripada 13 buah negara di rantau Asia Pasifik.

THE APAC Rankings 2017 mengguna pakai 13 indikator yang dikelompok­kan k e p a d a l i m a k a t e g o r i dalam menilai sesebuah universiti iaitu persekitar­an pembelajar­an, jumlah, pendapatan dan reputasi, pengaruh kajian, kakitangan, pelajar dan penyelidik­an serta pemindahan pengetahua­n.

Pengarah Editorial Global Ranking, Phil Baty dilapor sebagai berkata ranking tersebut mewakili 243 institusi terbaik dan memberi gambaran tentang negara dan universiti yang dijangka bakal menjadi peneraju pengajian tinggi dunia pada masa hadapan.

“Tiada keraguan bahawa s e b a h a g i a n d a r i p a d a universiti-universiti ini yang berada dalam rantau Asia Pasifik telah membuktika­n mereka adalah universiti yang dinamik dan kompetitif,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia