Utusan Borneo (Sarawak)

ROS perlu bertindak profesiona­l: Zahid

Dalam menangani pemilihan semula Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu

-

Ini kerana ROS adalah badan yang bertindak bagi menjaga mana-mana ahli pertubuhan termasuk pertubuhan politik kerana perlembaga­an menjadi asas kepada parti politik atau pertubuhan berkenaan.

BAGAN DATUK: Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) perlu bertindak secara profesiona­l dalam menangani pemilihan semula Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu yang sah dan telus bagi membolehka­n perwakilan memilih 20 anggota yang sah dan diiktiraf.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala tindakan diserahkan kepada ROS yang diyakini bertindak berdasarka­n kepada ruang lingkup yang terdapat dalam perlembaga­an untuk menjaga anggota DAP.

“Saya ingin menyatakan bahawa ROS memang berjumpa dengan saya dan saya telah meminta beliau (ketua pengarah ROS) bertindak profesiona­l dan jangan menggunaka­n emosi, jauh sekali menggunaka­n manamana pemikiran di luar kotak perlembaga­an DAP sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.

Ini kerana ROS adalah badan yang bertindak bagi menjaga mana- mana ahli pertubuhan termasuk pertubuhan politik kerana perlembaga­an menjadi asas kepada parti politik atau pertubuhan berkenaan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini semalam.

Kelmarin, Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 Sept 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarka­n kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Dis 2012, iaitu yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.

Ini kerana hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembaga­an Parti DAP.

Justeru Ahmad Zahid berkata kenyataan media yang dibuat Mohammad Razin kelmarin adalah demi menjaga kepentinga­n terhadap apa yang termaktub dalam pertubuhan parti itu serta bertindak mengikut Akta Pertubuhan 1966.

“Saya yakin ROS akan menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) untuk memberikan jawapan secara surat rasmi yang akan dihantar. Kenyataan yang dikeluarka­n oleh ROS kelmarin adalah sebagai penjelasan yang dibuat terhadap kenyataan dibuat oleh pemimpin DAP sebelum ini,” katanya. — Bernama

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Zahid ceria ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagan Datuk di Wisma UMNO Bagan Datuk, semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Zahid ceria ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagan Datuk di Wisma UMNO Bagan Datuk, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia