Utusan Borneo (Sarawak)

Kepimpinan, anggota perlu terbuka terima calon: Khairy

-

REMBAU: Kepimpinan dan anggota UMNO perlu menerima dengan hati terbuka sekiranya calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan daripada kalangan kepimpinan parti.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata mereka harus menerima calon berkenaan demi memastikan kemenangan parti dan bukannya kemenangan individu.

“Kita kena siap sedia kalau mana- mana wakil rakyat termasuk saya sendiri, kalau dipanggil pucuk pimpinan bahawa kita tidak lagi diperlukan atau disukai sebahagian besar pengundi di satu-satu kawasan itu, maka kita kena terimalah hakikat.

“Ini kerana perjuangan kita adalah mahu menangkan parti bukan menangkan individu,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada PRU14 perlulah mempunyai ciri- ciri ‘ mampu menang’ dan ‘disenangi’ serta tidak semestinya dalam kalangan kepimpinan bahagian parti.

Ahmad Zahid berkata ini kerana pendekatan pemilihan calon seumpama itu sudah terbukti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar serta PRK DUN Tanjung Datu.

M e n g u l a s l a n j u t , K h a i r y b e r k a t a a n g - gota parti juga tidak boleh menolak kemungkina­n calon yang dipilih adalah calon yang di luar jangkaan seperti yang dikatakan Ahmad Zahid.

“Calon mungkin ada nama di peringkat Badan Bukan Kerajaan atau mungkin seorang cendekiawa­n akademik tersohor atau mungkin bekas atlet popular untuk memberikan kejutan di satu-satu kawasan itu atau supaya BN boleh bersaing di kawasan berkenaan.

“Bayanganny­a adalah jangan kita hanya anggap pemimpin utama parti sahaja akan dipilih. Saya percaya dan yakin sebahagian besar daripada calon akan terdiri dari orang kuat parti tapi saya jangkakan itu (kenyataan Ahmad Zahid) bahawa mungkin ada beberapa calon luar biasa, yang sebelum ini tidak pernah berkecimpu­ng dalam pilitik, yang akan diberikan mandat untuk jadi calon di kawasan tertentu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RUMAH TERBUKA: Khairy (kanan) bersalaman dengan Tun Abdullah pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di pekarangan Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Kota, Rembau, semalam.
— Gambar Bernama RUMAH TERBUKA: Khairy (kanan) bersalaman dengan Tun Abdullah pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di pekarangan Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Kota, Rembau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia