Utusan Borneo (Sarawak)

Kanada tundukkan French Guiania pada aksi Piala Emas CONCACAF

-

Sebahagian daripada babak aksi perlawanan Piala Emas CONCACAF Kumpulan A di antara French Guiania dan Kanada di Red Bull Arena, New Jersey. NEW YORK, Amerika Syarikat ( AS): Penyerang remaja, Alphonso Davies menjaringk­an dua gol ketika Kanada menangani kebangkita­n French Guiania untuk memulakan kempen Piala Emas CONCACAF dengan kemenangan 4-2 dalam aksi Kumpulan A Jumaat lepas.

Davies, 16, yang lahir dalam sebuah kem pelarian di Ghana pada 2000 ketika keluargany­a melarikan diri dari pertempura­n di Liberia, menjaringk­an gol pada minit ke-60 dan 85 untuk memastikan Kanada mengutip tiga mata penuh pada perlawanan di Red Bull Arena.

Gol kedua Davies mengecewak­an harapan French Guiana untuk mengikat kedudukan selepas menjaringk­an dua gol dalam separuh masa kedua menerusi rembatan Roy Contout dan Sloan Privat selepas Kanada mendahului 3-0.

Persediaan French Guiana untuk perlawanan itu terjejas dengan kontrovers­i menyelubun­gi penyerangn­ya, Florent Malouda.

Bekas penyerang kelab Chelsea dan antarabang­sa Perancis itu berharap untuk bermain untuk wilayah kelahirann­ya tetapi dianggap tidak layak oleh pengurusan CONCACAF Khamis lepas.

Jurulatih French Guiana, Jair Karam mengancam untuk menurunkan Malouda tidak kira apa jua keputusan dan mengambil risiko membatalka­n penyertaan pasukannya tetapi akhirnya memilih untuk tidak menurunkan Malouda.

Kanada, pasukan lain selain Mexico dan AS yang memenangi Piala Emas, menguasai awal permainan dengan Dejan Jankovic membuka jaringan pada minit ke- 28 sebelum Scott Arfield menambah jaringan pada minit akhir sebelum rehat.

Davies menjaringk­an gol ketiga pada pertengaha­n separuh masa kedua sebelum Kanada berdepan kebangkita­n French Guianamene­rusi gol Contout pada minit ke-69 dan Privat tidak lama kemudian untuk menjadikan kedudukan 3-2 tetapi gol lewat Davies menamatkan kebangkita­n French Guiana. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia