Utusan Borneo (Sarawak)

F1: Hamilton didenda turun lima petak

Hukuman wajib kerana melanggar Peraturan Sukan F1 dengan menukar kotak gear

-

SPIELBERG, Austria: Harapan Lewis Hamilton untuk merapatkan jurang ketinggala­n 14 mata di belakang Sebastian Vettel dalam saingan kategori pemandu Formula Satu ( F1), tersentak lewat Jumaat lepas apabila didenda turun lima petak perlumbaan untuk Grand Prix Austria hari ini.

Denda itu adalah hukuman wajib kerana terpaksa menukar kotak gear dan dalam kes Hamilton, kotak gear beliau sudah mengharung­i enam perlumbaan, menurut pengesahan pasukan Mercedes.

Isu itu telah dirujuk kepada pegawai perlumbaan di Litar Red Bull Ring malam Jumaat selepas jaguh dari Britain itu menguasai sesi ujian bebas sebelah pagi dan petang.

Dalam satu k e n y a t a a n , badan induk sukan bermotor dunia ( FIA), berkata: “Pem a n d u d i n y a - t a k a n ( Hami l t o n ) , ada menamakan p e r l u m b a a n terakhir di Baku dan perubahan kotak gear beliau sebelum tempoh p e r l u m - baan keenam berturut- turut berakhir.

“Kerana itu, ia tidak mematuhi Artikel 23.5a Peraturan Sukan Formula Satu, saya merujuk perkara ini kepada pegawai perlumbaan untuk pertimbang­an. “Pasukan memberitah­u delegasi t e k n i k a l tentang pertukaran kotak gear pada Selasa, 4 Julai 2017, pada pukul 11.29 pagi ( waktu tempatan).”

Hukuman mandatori ialah turun lima petak perlumbaan, yang bermakna jika Hamilton mencipta masa terpantas pada sesi ujian masa kelayakan, beliau akan hanya memulakan perlumbaan di petak keenam. Mercedes berkata mereka telah menolak kemungkina­n kerosakan pada kereta Hamilton apabila sengaja dilanggar oleh Vettel pada perlumbaan Grand Prix Azerbaijan bulan lepas. Hukuman Hamilton adalah satu lagi kekecewaan buat beliau dalam usaha memburu kejuaraan dan juga ekoran nasib malang di Baku di mana selepas ‘ kemarahan’ Vettel, beliau gagal mencabar kemenangan kerana masalah prestasi kereta.

Ia juga pastinya lebih tegang hujung minggu ini apabila FIA membuat keputusan tidak mengambil tindakan susulan ke atas Vettel, yang didenda berhenti 10 saat di pit kerana kesalahann­ya.

Sebelum mengetahui denda mandatori, Hamilton memberitah­u wartawan bagaimana beliau akan memulakan hujung minggu di Austria.

“Saya berlatih, mengekalka­n fokus dan lebih suka berdiam diri untuk memastikan saya cergas dan bersemanga­t untuk bersaing.

“Dua hujung minggu ini adalah penting. Saya kehilangan banyak mata pada perlumbaan terakhir dan saya mahu menebusnya.”

Hamilton mencipta rekod baharu satu pusingan di Red Bull Ring sebanyak dua kali Jumaat lepas dan dijangka mampu mencipta masa terpantas pada sesi ujian masa walaupun dengan denda mandatori. — AFP

Kerana itu, ia tidak mematuhi Artikel 23.5a Peraturan Sukan Formula Satu, saya merujuk perkara ini kepada pegawai perlumbaan untuk pertimbang­an. Kenyataan FIA

 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia