Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Renang Antara Kelab Antarabang­sa 2017 berlangsun­g 15-16 Julai

-

MIRI: Kelab Gymkhana Miri (GCM) menganjurk­an akan menganjurk­an Kejohanan Renang Antara Kelab Antarabang­sa 2017 pada 15 dan 16 Julai ini.

Pengerusi Penganjur merangkap Eksekutif Ahli Jawatankua­sa GCM, Stanley Soong berkata ini adalah edisi kedua diadakan dan berlangsun­g di Kolam Olimpik GCM.

Antara kategori dipertandi­ngkan ialah Kumpulan I (15-17 tahun), Kumpulan II (13-14 tahun), Kumpulan III (11-12 tahun), Kumpulan IV (9-10 tahun) dan Kumpulan V (bawah 8 tahun).

“Kejohanan ini disertai kira-kira 170 orang peserta melibatkan 10 pasukan masing-masing dari Brunei Darusalam, Sabah, Kuching, Sibu, Labuan dan Miri,” katanya di sini semalam.

Antara pasukan Brunei yang turut serta ialah Kelab Rekreasi Brunei, Kelab Renang Hammerhead Brunei dan Kelab Renang Brunei Spido.

Pasukan lain ialah Kelab Sarawak, Kelab Sarakuatic Sarawak, GCM Miri, Kelab Rekreasi Petroliam Miri, Kelab Renang Dashing Sibu, Preppies Penampang Kota Kinabalu dan Kelab Renang Victoria Labuan.

Setiap tiga orang pemenang setiap kategori akan menerima medal sementara pasukan terbaik, lelaki terbaik dan wanita terbaik membawa pulang piala.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin dijangka hadir menyempurn­akan majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang.

Sementara itu, Presiden Kelab, Vincent Lu berkata kejohanan itu adalah salah satu acara tahunan GCM bagi mempromosi gaya hidup sihat kalangan pelbagai peringkat usia.

Katanya, GCM juga menyediaka­n pelbagai kemudahan bersukan untuk ahli- ahlinya sebagai usaha memastikan setiap ahli sihat tubuh badan.

“GCM menawarkan harga istimewa bagi yang ingin menjadi ahli termasuk mendapat rebat RM1,000 daripada yuran kemasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia