Utusan Borneo (Sarawak)

Tarik lebih 300 atlet wushu

Lau puji inisiatif SMAA anjur 7th Borneo Internatio­nal Martial Art

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Temenggung Datuk Vincent Lau memuji Sibu Martial Arts (Quanshu) Associatio­n (SMAA) mengambil inisiatif menganjurk­an 7th Borneo Internatio­nal Martial Art Tournament di Stadium Tertutup Sibu pada 22 dan 23 Julai ini.

Beliau berkata, ini satu usaha besar dilakukan menjadikan kejayaan kepada persatuan menarik lebih 300 atlet sukan wushu dari 20 pasukan seluruh dunia mengambil bahagian.

Kejohanan ini diharapkan membantu mempromosi­kan Sibu ke mata dunia. Kami berharap orang ramai memberi sokongan dan datang memeriahka­n kejohanan kerana masuk percuma. Temenggung Datuk Vincent Lau

Antara pasukan mengesahka­n penyertaan pada kejohanan dua hari itu termasuk dari China, Singapura, Indonesia, Brunei, Macau, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Sarawak.

Lau dijangka merasmikan kejohanan pada 22 Julai jam 2 petang, manakala Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang, Dato Sri Wong Soon Koh merasmikan majlis penutupan pada 23 Julai, jam 3 petang.

“Saya berharap peminat sukan wushu memberi sokongan mereka pada kejohanan kali ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat SMMA diketuai presidenny­a, Yung Dah Loo di sini.

Lau turut melahirkan keyakinan kejohanan itu membantu menaik taraf status Sibu mempromosi­kan sukan wushu kerana semakin terk- enal pada masa kini.

Sementara itu, Yung berkata kejohanan itu dianjurkan bersama SMAA dan Persatuan Chenshi Taijiquan Sarawak adalah sebahagian aktiviti sempena Tahun Melawat Sibu (TMS) 2017.

“Kejohanan ini diharapkan membantu mempromosi­kan Sibu ke mata dunia. Kami berharap orang ramai memberi sokongan dan datang me- meriahkan kejohanan kerana masuk percuma,” katanya.

Yung memberitah­u, antara acara dipertandi­ngkan termasuk taolu tradisiona­l dan 10 displin wushu.

Beliau berkata, beberapa pakar seni mempertaha­nkan diri kungfu dan wushu dari Fujien China dijangka datang ke sini memahami lebih lanjut seni mempertaha­nkan diri tempatan. KUCHING: Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) Daerah Negeri Sarawak bersedia menjalin kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dalam membantu memperkasa akademi bola sepak peringkat akar umbi.

Penyelaras NFDP Daerah Negeri Sarawak, Zanawi Zen berkata kerjasama pintar itu membolehka­n NFDP menyalurka­n bantuan kepada FAS dari aspek penyediaan fasiliti lengkap serta melindungi kebajikan pemain-pemain.

“Melalui kerjasama ini, FAS boleh membuka pusat baharu di setiap bahagian mengikut bajet sendiri dan dibantu bersama oleh NFDP dalam pelbagai aspek dan modul.

“FAS juga boleh menjadikan Sekolah Sukan Sarawak sebagai Akademi Bola Sepak Elit FAS,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden FAS, Datuk Posa Majais di sini.

Menurut Zanawi, kerjasama itu juga membolehka­n FAS memberi peluang kepada bekas-bekas pemain dan jurulatih tempatan terlibat dalam pembanguna­n akar umbi selain membuka peluang kepada jurulatih untuk mendapat dan menaik taraf lesen kejurulati­han masing-masing.

“Presiden FAS (Dato Posa) pada dasarnya menyambut baik kerjasama ini. Kita akan mengadakan perbincang­an susulan dengan FAS minggu depan bagi menjelaska­n keseluruha­n struktur NFDP,” katanya.

Jelasnya, jika kerjasama itu menjadi kenyataan FAS akan menjadi persatuan bola sepak negeri ketiga selepas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menjalinka­n hubungan dengan NFDP.

NFDP Sarawak ketika ini mempunyai empat pusat bagi pelatih berusia tujuh hingga 12 tahun iaitu Akademi Tunas Kuching, Samarahan, Miri dan Bintulu.

Ini termasuk lima pusat pelatih berusia 13 hingga 17 tahun terletak di Sekolah Sukan Negeri Sarawak, Pusat Latihan Daerah Bako, Bau, Bintulu dan Belaga.

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Lau (tiga kiri) menerima surat jemputan disampaika­n oleh Yung (dua kanan) anjurkan 7th Borneo Internatio­nal Martial Art Tournament.
KUNJUNGAN HORMAT: Lau (tiga kiri) menerima surat jemputan disampaika­n oleh Yung (dua kanan) anjurkan 7th Borneo Internatio­nal Martial Art Tournament.
 ??  ?? BERSEDIA: Pemain Kuching FA membuat persiapan terakhir sebelum berdepan PJ Rangers FC petang ini.
BERSEDIA: Pemain Kuching FA membuat persiapan terakhir sebelum berdepan PJ Rangers FC petang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia