Utusan Borneo (Sarawak)

Uber, Grabcar: Lebih daripada perkhidmat­an pengangkut­an

-

SECARA jujur, saya memang tidak suka memandu di bandar raya Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk ini, terutama pada waktu puncak yang begitu menyeksa jiwa antara jam 6 petang hingga 9 malam pada hari biasa.

Oleh itu, saya terkenang kepada kegembiraa­n yang dirasai apabila mendapat tahu bahawa Uber yang dikenali ramai itu akan memulakan perkhidmat­annya di bandar raya Kuala Lumpur ketika saya akan melangkah masuk ke alam pekerjaan di Jalan Tun Razak kirakira 17 bulan lepas.

Sejak itu, malah, apabila saya perlu ke sesuatu tempat yang entah di mana serta begitu asing bagi diri saya, Uber dan Grabcar, yang diperkenal­kan kepada saya tidak lama kemudian, akan segera hadir di fikiran saya untuk dibuat perbanding­an tentang kadar tambang antara kedua-duanya.

Sebagai seorang yang boleh dikatakan jenis pendiam tetapi mudah mesra, saya rasa amat gembira dan bertuah kerana berpeluang berbual dengan pemandu pengangkut­an itu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kehidupan.

Antara perkara yang amat saya hargai ketika menggunaka­n dua perkhidmat­an itu ialah peluang untuk berbual dengan seorang ‘uncle’ berbangsa Cina yang begitu mesra dan cekap memandu dalam kesesakan lalu lintas pada waktu puncak di Petaling Jaya, seorang pemandu sambilan berbangsa India yang perlu mencari wang tambahan untuk memikat hati dara pujaannya dan seorang pemuda Melayu yang sanggup bersusah payah memastikan saya sampai ke tempat yang hendak dituju dengan selamat.

Saya tidak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa perbualan dan pengalaman berharga itu tidak akan saya rasai sekiranya saya tidak menjadi pelanggan setia kedua-dua perkhidmat­an tersebut.

Ternyata, perkara berkaitan kaum yang dianggap begitu sensitif, tidak pernah menjadi topik perbualan antara saya dengan pemandu berkenaan dan kami bercakap tentang apa saja -, daripada keadaan cuaca yang sukar diramal, hinggalah kepada makanan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selalunya, perbualan akan bermula dengan pertanyaan mesra “Hi, Cik Anis ke? dan apabila saya menjawab, ya, perbualan yang berlangsun­g kemudiannn­ya akan berakhir dengan “Terima kasih, Cik” ketika saya melangkah turun dari kenderaan.

Entahlah! Rasa saya perkara berkaitan kaum dan agama tidak begitu terasa kehadirann­ya dalam kenderaan yang ditumpangi dan seolah-olah peristiwa ketegangan kaum yang berlaku baru-baru ini, tidak pernah wujud pun.

Semuanya seperti Malaysia yang saya tahu dan amat saya hargai sejak sekian lama. — Bernama SEKTOR swasta dan awam digalak menubuhkan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) sebagai sistem sokongan kepada ibu bapa yang bekerja khususnya bagi ibu yang menyusukan anak.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail berkata langkah itu perlu bagi membolehka­n wanita bekerjaya berkenaan menyusukan anak mereka sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.

“Dengan adanya kemudahan Taska di tempat kerja, wanita bekerjaya berkenaan merasakan adanya sokongan untuk mereka menyusukan anak mereka malah menyingkir­kan kerisauan apabila berjauhan dengan anak yang masih kecil.

“Kita mahu golongan berkenaan dekat dengan anak mereka selain mendorong mereka meningkatk­an mutu penyampaia­n perkhidmat­an,” katanya pada sidang media mengenai sambutan Hari Ibu 2017 di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Siti Norlasiah, terdapat segelintir wanita bekerjaya terpaksa berhenti kerja berikutan kekangan masa serta masalah berkaitan penjagaan anak mereka sehingga menyebabka­n berlakukny­a pembaziran tenaga mahir dalam kalangan wanita.

“Sekarang ini pula ada kes dera dan macammacam lagi di Taska, maka jalan singkat yang mereka ambil adalah berhenti kerja. Rata-rata yang berbuat demikian adalah golongan profesiona­l. Maka kami amat menyokong penuh usaha mewujudkan Taska di tempat kerja,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia