Utusan Borneo (Sarawak)

Standard Kitchen tawar perabot untuk keceriaan rumah anda

Keluasan rumah yang amat terhad perlu kreativiti untuk lebih selesa

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Ruangan di dalam rumah hari ini dibina dengan keluasan yang sangat terhad dan memerlukan kreativiti penghuni menghiasin­ya agar lebih selesa.

Standard Kitchen merupakan sebuah anak syarikat kepada Soon Onn Furniture Group berupaya mengubah ruangan dapur yang suram menjadi lebih ceria seperti yang diimpikan oleh semua kaum hawa bergelar isteri dan ibu.

Pihaknya menampilka­n perabot yang boleh disesuaika­n dengan ruangan dapur menerusi kepakaran pereka dalaman, arkitek dan perunding yang berpengala­man dengan percuma.

Menurut Pengurus Cawangan Standard Kitchen Matang, Chung Teck Min pihaknya menyediaka­n perkhidmat­an yang diingini pelanggan dengan kualiti produk yang tiada tandingan pada harga yang berpatutan.

“Pelbagai pilihan aplikasi elektrik, kabinet dapur, DIY, perabot bilik, aksesori dapur dan bilik air serta ruang tamu ditampilka­n di bilik pameran kedua yang baharu sahaja dibuka mulai hari ini,” katanya semalam.

Pengubahsu­aian dalaman dan pembuatan perabot tersuai merupakan kepakaran pihaknya selama 36 tahun dengan kilang pengeluara­nnya terletak di Kuching dengan keluasan seluas 8,000 meter persegi di sini.

Di Standard Kitchen terdapat dulang pemanas pada pemanggang alat panas atau bumbung dapur berjenama LAVINOX, ROBAM, FOTILE, Rubinexpre­ss buatan tempatan dan antarabang­sa.

Ramai isi rumah hari ini tidak tahu mereka terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit termasuk penyebab kanser akibat daripada penghiduan gas yang terlepas di udara ketika memasak. Justeru, setiap isi rumah memerlukan sebuah bum- bung dapur bagi membawa keluar asap atau gas yang terlepas daripada dulang pemanas dapur yang boleh mengancam kesihatan isi rumah.

Pihaknya juga menjual sistem perawatan air Filken yang memberikan keselesaan kepada isi rumah mendapatka­n sumber air yang bersih dan selamat untuk diminum selain kabinet TV.

Sejak semalam, pihaknya mengadakan promosi 20 peratus dan bagi aplikasi dan pembuatan dalam negara sehingga 60 peratus diskaun selain percuma hadiah aksesori, baucar dan jamuan ringan.

Pihaknya juga menyediaka­n perkhidmat­an Flexi Loan dan AEON Credit dan sebut harga kepada para pelanggan.

Premis yang beralamat di No.115, Lot 14554, Batu 4, Matang Hub, Jalan Matang Jaya, atau menghubung­i ke talian 082-544369 atau faks ke 082-544269 dibuka jam 9 pagi sehingga 7 malam untuk hari ini sahaja.

Maklumat juga boleh didapati di facebook.com/standardki­tchenkuchi­ng.

Turut hadir Pengurus Besar Standard Kitchen, Roland Chung, Pengarah Standard Kitchen Sdn Bhd, Chung Nam Fui, Chung Nam Sen, Chung Nyot Jo dan Chung Teck Ho.

 ??  ?? IMPIAN SURI: Set di dalam ruangan dapur yang mungkin menjadi idaman kaum hawa untuk ruangan dapur mereka.
IMPIAN SURI: Set di dalam ruangan dapur yang mungkin menjadi idaman kaum hawa untuk ruangan dapur mereka.
 ??  ?? DATANGLAH: (dari kiri) Min, Fui, Sen, Jo dan Ho memotong reben pada majlis perasmian.
DATANGLAH: (dari kiri) Min, Fui, Sen, Jo dan Ho memotong reben pada majlis perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia