Utusan Borneo (Sarawak)

Asia lebih berdaya tahan selepas dilanda krisis kewangan 20 tahun lalu: Fitch Ratings

-

KUALA LUMPUR: Ekonomi Asia kini lebih bersedia untuk mengharung­i kejutan dan tekanan kewangan luaran berikutan penampan yang telah dibina serta pembaharua­n yang dilaksana selepas krisis kewangan Asia, yang berlaku 20 tahun lalu, kata Fitch Ratings.

Ia berkata, peralihan daripada kadar pertukaran tetap kepada lebih fleksibel adalah satu daripada perbezaan penting daripada 1997, dengan menambah, empat negara yang terjejas teruk, iaitu Korea Selatan, Indonesia, Malaysia dan Thailand telah menambat atau menguruska­n mata wang mereka dengan ketat pada ketika itu.

Ini membolehka­n salah jajaran pertukaran mata wang asing untuk membina dan mendedahka­n negara-negara kepada serangan spekulatif seperti yang menyebabka­n penurunan nilai baht Thai yang mendadak yang mencetuska­n krisis tersebut, tambahnya.

Fitch berkata, kebanyakan ekonomi Asia juga kurang bergantung kepada aliran masuk modal bersih, dengan lebihan akaun semasa kini menjadi satu norma, bukan lagi defisit.

“Bagi negara yang dilanda krisis, hanya Indonesia mengalami defisit akaun semasa, di mana pada 1.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), adalah lebih kecil berbanding defisit sebelum 1997. Thailand, contohnya, mengalami defisit lapan peratus daripada KDNK pada 1996, Malaysia dan Korea kira-kira empat peratus dan Indonesia 2.8 peratus,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Sementara itu, Fitch berkata, kebanyakan bank pusat telah membina rizab pertukaran asing ke paras yang membolehka­n skop penting bagi menjelaska­n hutang luaran dan jika mereka melihat wujudnya keperluan, menyokong mata wang.

“Dalam mana-,mana kes, penurunan kadar pertukaran bukan lagi ancaman kepada kesihatan ekonomi Asia disebabkan nisbah hutang luaran yang lebih rendah dan penggunaan lindung nilai pertukaran asing yang lebih meluas.

“Kos melunaskan hutang mata wang asing melonjak apabila mata wang merudum pada 1997, menyebabk a n k e n a i k a n m e n - dadak dalam kemungkira­n dengan kesan serius ke atas sistem perbankan,” kata agensi penarafan kredit tersebut.

Ia berkata, pengawalse­liaan sektor perbankan telah meningkat dengan ketara manakala standard pinjaman dan penampan terhadap kerugian lebih kukuh dan kunci kirakira menjadi lebih telus.

“Selain itu, bank Asia cenderung untuk membiayai pinjaman mereka daripada deposit, bukannya bergantung kepada pembiayaan borong, menjadikan mereka lebih berdaya tahan kepada kecairan pasaran yang lebih ketat.

“Hubungan erat antara bank dan syarikat, yang menjadi teras kepada krisis kewangan, pada peringkat tertentu masih wujud, tetapi di kebanyakan negara mereka tidak lagi sebegitu selesa atau menyeluruh sebagaiman­a 20 tahun lalu,” tambahnya.

Fitch berkata, pengawal selia telah menjadi aktif dalam cara lain, contohnya, pengetatan kehematan makro telah menyejukka­n aktiviti di beberapa pasaran perumahan Asia pada dekad yang lalu.

“Bagaimanap­un, ini bukan untuk menyatakan yang rantau ini tanpa risiko. Selain peningkata­n aset-harga, pertambaha­n pesat hutang isi rumah dan korporat – kebanyakan­nya didenomina­si mata wang tempatan- ketika 10 tahun dasar monetari global yang terlalu longgar telah mewujudkan bahaya kewangan,” katanya.

Nisbah hutang kepada KDNK sektor swasta kini hampir atau melepasi paras semasa krisis ekonomi Asia di kebanyakan ekonomi dan ini menjadikan sistem kewangan sensitif kepada perubahan dalam keadaan ekonomi, terutama kadar penganggur­an dan kadar faedah sebenar.

Fitch berkata, rantau ini juga lebih bergantung kepada China, yang menjadi satu daripada rakan perdaganga­n terbesar bagi kebanyakan ekonomi Asia.

“Kerapuhan dan manfaat kewangan terus meningkat di China dan kami menjangka pertumbuha­n yang perlahan pada tahuntahun akan datang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia