Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga ratapi 28 banduan dibunuh kejam di Mexico

-

ACAPULCO: Saudara-mara banduan di Mexico yang telah dipenggal kepala dan dikelar musuh mereka dalam penjara kelmarin mengecam apa yang mereka sebut sebagai keganasan zalim yang dilakukan oleh genggeng yang memeras ugut dan menyeksa banduan lain.

Seramai 28 banduan terbunuh apabila perusuh memenggal kepala dan menetak musuh mereka sehingga mati Khamis lepas di penjara Las Cruces di Acapulco, letusan keganasan terbaharu dalam penjara Mexico yang selalunya tidak mempedulik­an undangunda­ng.

Malam kelmarin, puluhan ahli keluarga yang terkejut dan sedih berkumpul di luar rumah mayat bandar peranginan pantai Pasifik ini, dan menunggu untuk dipanggil masuk bagi mengecam mayat ahli keluarga masing-masing.

Ketika mereka berdiri dalam keperitan, dengan lampu merah dan biru polis yang menerangi wajah mereka, mereka bercakap dengan nada kecil mengenai apa yang mereka sebut sebagai keadaan buruk dalam penjara, yang menempatka­n hampir 2,200 banduan – 65 peratus melebihi kapasiti, menurut perangkaan rasmi.

Seorang lelaki yang menunggu di luar, juga bekas banduan, memberitah­u, penjara itu diperintah oleh geng- geng, seperti kebanyakan penjara di Mexico, di mana gejala rasuah berleluasa dalam sistem penjara dan perniagaan narkotik bernilai berbilion dolar menghasilk­an letusan karteldada­hyangberpe­ngaruh dan sangat ganas.

“Ia adalah bom jangka,” kata lelaki itu, sambil menghisap rokok dengan resah dan hanya mahu dikenali sebagai Aviles kerana bimbang mengenai tindak balas oleh pengintip kartel yang menurutnya berkeliara­n berdekatan.

Diamenggam­barkansebu­ah kemudahan di mana pegawai penjara menerima gaji dari geng penjara utama, anggota sebuah kartel dadah yang dipanggil Kartel Acapulco Bebas.

Geng tersebut menyeludup masuk senjata dan dadah sesuka hati, memeras ugut dan menyeksa banduan lain, kata Aviles, yang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Las Cruces, tiga daripadany­a dalam sayap kawalan keselamata­n maksimum di man rusuhan itu meletus.

“Saya diseksa juga. Semua pengawal menerima rasuah, begitu juga pengarah penjara,” katanya.

Pi h a k be r k u a s a mengumumka­n semua kakitangan di penjara itu sedang disiasat berhubung rusuhan itu, termasuk pengarahny­a Miguel Gomez Garduno.

Aviles menganggap pemerintah­an hakiki genggeng berkenaan sebagai “satu wabak”.

“Ia mustahil untuk dihentikan,” katanya. “Anda bunuh 10, 20 pula lahir.”

Seorang pekerja rumah mayat yang sedang berehat untuk merokok menggambar­kan senario yang mengerikan di penjara terbabit.

“Apabila kita masuk ke dalam, kita dapat menghidu darah,” katanya.

“Empat mayat tanpa kepala ada di pintu masuk. Mayat lain diletakkan di atas satu sama lain dalam kawasan dobi, seperti sampah. Keadaan di dalam sana gila.”

Penyiasat forensik menjumpai lima selongsong peluru di dalam, dipercayai dilepaskan oleh banduan, katanya.

Banduan lain dipukul dan ditikam sehingga mati, katanya.

Tiga pengawal dan 11 banduan sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam keganasan itu, kata Hector Astudillo, gabenor negeri selatan yang ganas Guerrero, kelmarin.

Ini merupakan keganasan penjara paling berdarah di negara ini sejak 49 banduan maut pada Februari 2016 dalam rusuhan di penjara Topo Chico di Monterrey, di timur laut negara. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MENUNGGU BERITA: Ahli keluarga dan rakan-rakan banduan berkumpul di hadapan kumpulan anggota polis antirusuha­n di luar penjara selepas rusuhan meletus di Acapulco, kelmarin.
— Gambar Reuters MENUNGGU BERITA: Ahli keluarga dan rakan-rakan banduan berkumpul di hadapan kumpulan anggota polis antirusuha­n di luar penjara selepas rusuhan meletus di Acapulco, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia