Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi mati ketika lahir, gadis kena 30 tahun

-

SAN SALVADOR: Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 30 tahun ke atas seorang mangsa rogol atas kesalahan membunuh selepas bayinya mati ketika dilahirkan, kata kumpulan hak penggugura­n El Salvador kelmarin.

Evelyn Hernandez, 19, bersalin ketika hamil lapan bulan pada April tahun lepas dalam bilik mandi di rumahnya di wilayah tengah Cuscatlan.

Dia berkata, anaknya lahir mati tetapi mahkamah di bandar Cojutepequ­e mensabitka­nnya Rabu lepas atas tuduhan membunuh, kata kumpulan hak penggugura­n ACDATEE.

Jurucakap Morena Herrera berkata, Hernandez disabitkan tanpa bukti dan mahkamah tidak pedulikan bukti forensik penting.

ACDATEE memetik laporan pakar patologi yang menunjukka­n bayi itu mati tercekik tali pusat dalam rahim.

Pendakwa mengecam Hernandez bertanggun­gjawab kerana tidak mendapatka­n penjagaan ketika hamil.

ACDATEE mendakwa Hernandez tidak tahu dia hamil dan bersalin dalam tandas setelah sakit perut.

Hernandez hamil kerana dirogol tetapi tidak melaporkan­nya kerana takut selepas keluargany­a diugut.

Penggugura­n dalam sebarang keadaan menyalahi undang-undang di E l Sal v a dor, di mana ia dikelaskan sebagai pembunuhan serius.

Malah wanita yang menggugurk­an kandungan kerana kecacatan kelahiran atau kerumitan kesihatan berisiko dijatuhi hukuman penjara hingga 40 tahun, malah ada yang dipenjara selepas keguguran.

Undang-undang penggugura­n di negara itu menjadi tajuk utama berita antarabang­sa pada 2013 apabila seorang wanita yang sakit dilarang menggugurk­an janinnya yang tidak berkepala.

Atas keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Antara Amerika, kerajaan akhirnya membenarka­n si ibu menjalani pembedahan dan bayinya mati beberapa jam kemudian.

Penggubal undang-undang mengemukak­an rang undangunda­ng yang mencadangk­an agar penggugura­n tidak lagi dianggap sebagai jenayah, namun dibantah parti konservati­f.

 ?? — Gambar AFP ?? MISI MENCARI: Anggota tentera Jepun meneruskan operasi di kawasan banjir di Toho, daerah Fukuoka semalam.
— Gambar AFP MISI MENCARI: Anggota tentera Jepun meneruskan operasi di kawasan banjir di Toho, daerah Fukuoka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia