Utusan Borneo (Sarawak)

Blok pangsapuri runtuh di Naples

Lima masih hilang ketika tiga mayat ditemui dalam kejadian awal pagi

-

ROM: Penyelamat menjumpai tiga mayat kelmarin ketika mereka menyelongk­ar puing runtuhan sebuah blok pangsapuri dekat bandar raya Naples di Itali.

Lima orang, termasuk sebuah keluarga dengan dua anak kecil, masih hilang setakat awal petang, kata seorang pegawai tempatan.

Dua tingkat blok empat tingkat yang kecil di bandar Torre Annunziata, di kaki gunung berapi Vesuvius, runtuh sekitar jam 6.30 pagi (waktu tempatan).

Laporan media menyebut jiran tidak mendengar letupan, hanya bunyi runtuhan apabila bangunan tersebut roboh.

Saksi berkata sebuah kereta api pengangkut­an bergerak di landasan kereta api berdekatan sejurus sebelum bangunan itu runtuh, manakala orang lain memberitah­u kerja pengubahsu­aian dijalankan di tingkat bawah.

Pendakwa di Torre Annunziata sudah membuka siasatan untuk menentukan punca nahas itu.

Media melaporkan mayat yang dijumpai adalah seorang juruteknik tempatan, isterinya dan anak lelaki mereka yang berusia 25 tahun.

Kira- kira 30 anggota bomba, yang disertai puluhan sukarelawa­n dan saudara-mara mangsa hilang yang menggunaka­n tangan mereka, mencari mangsa yang mungkin selamat di bawah runtuhan dalam keadaan cuaca yang panas terik.

Jabatan bomba berkata, tiga anggota cedera ringan sewaktu operasi mencari.

“Bangunan ini ternyata dalam keadaan yang buruk,” kata datuk bandar tempatan Vincenzo Ascione. “Saya dukacita kerana juruteknik dewan bandar raya tidak dapat mengesan situasi itu kerana tanda pasti ada.”

Mangsa yang masih hilang adalah sepasang suami isteri dan anak-anak mereka berusia lapan dan 11 tahun serta seorang wanita berusia 65 tahun yang hidup bersendiri­an, kata Ascione.

Pihak berkuasa berkata penjana elektrik serta lampu limpah akan dibawa ke tempat kejadian untuk memudahkan kerja mencari mangsa, yang dijangka akan diteruskan sehingga lewat malam.

Penyelamat meneruskan usaha tetapi kerap berhenti dengan harapan untuk mendengar panggilan bantuan.

Anjing pengesan turut berada di tempat kejadian untuk membantu mengesan mangsa hilang.

Trafik kereta api di landasan kereta api bersebelah­an telah dihentikan sebagai langkah keselamata­n.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Anggota bomba menyelongk­ar puing selepas dua daripada empat tingkat blok pangsapuri kecil ranap di Torre Annunziata, Naples kelmarin.
— Gambar AFP MALANG: Anggota bomba menyelongk­ar puing selepas dua daripada empat tingkat blok pangsapuri kecil ranap di Torre Annunziata, Naples kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia