Utusan Borneo (Sarawak)

PIPI MURID BENGKAK, LEBAM DITAMPAR GURU 20 KALI

-

SIBU: Tindakan ganas seorang guru di sebuah sekolah rendah di Balingian dekat sini menampar muridnya berulang kali menyebabka­n kecederaan kepada budak lelaki berusia 10 tahun itu petang kelmarin.

Kejadian terbabit difahamkan berlaku pada jam 1.30 petang di asrama sekolah terbabit disebabkan mangsa membuat bising.

Mangsa mengalami kecederaan bengkak dan lebam di kedua-dua belah pipinya.

Menurut sumber, mangsa mendakwa ditampar sebanyak 20 kali oleh guru terbabit sehingga mendatangk­an kecederaan di keduadua belah pipinya.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau ketika dihubungi semalam mengesahka­n kejadian tersebut.

Katanya, nenek mangsa telah tampil membuat aduan di Balai Polis Selangau pada jam 10.40 pagi semalam setelah mangsa mengadu kepadanya.

“Kami telah menerima laporan daripada nenek mangsa yang memaklumka­n kejadian terbabit kepada polis di Selangau.

“Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Selangau untuk mendapatka­n rawatan di mana kedua-dua pipi mangsa lebam dan bengkak,” katanya.

Justeru, Jimmy memberitah­u bahawa kertas siasatan telah dibuka untuk menyiasat kes terbabit.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan,” tambahnya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook menggunaka­n akaun bernama James Roy yang mendakwa mangsa adalah anaknya, telah meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial dan menjadi tular, kelmarin.

Dia mendakwa, anaknya itu ditampar sebanyak 20 kali oleh guru terbabit kerana membuat bising di asrama sekolah.

James turut memuatkan gambar pipi mangsa yang lebam itu.

Bagaimanap­un, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan kes masih dalam siasatan polis.

 ??  ?? BENGKAK: Pipi mangsa kelihatan bengkak selepas ditampar gurunya, kelmarin.
BENGKAK: Pipi mangsa kelihatan bengkak selepas ditampar gurunya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia