Utusan Borneo (Sarawak)

TNR KAWAL POPULASI ANJING, KUCING LIAR SECARA BERPERIKEM­ANUSIAAN

- Oleh Clare Cinderella

PROJEK Tangkap, Kasi dan Lepas (TNR) merupakan salah satu kaedah antarabang­sa dengan pendekatan lebih perikemanu­siaan untuk mengawal dan mengimbang­i populasi anjing dan kucing liar.

Zero Strays Miri (ZSM), yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan binatang yang bukan berasaskan keuntungan, di Miri, ditubuhkan pada 2013, telah mengguna pakai kaedah kawalan populasi berkenaan.

Presiden ZSM, Sterwina Kho, memberitah­u TNR merupakan kaedah penyelesai­an yang lebih bersifat kemanusiaa­n dalam mencegah peningkata­n jumlah anjing dan kucing terbiar ini, melalui pembiakan tidak terkawal.

“Sebaliknya apabila mereka dikasi, mereka tidak akan mengawan dan mengurangk­an kegiatan membiak di sesebuah kawasan, sekali gus membantu mengimbang­i populasi anjing dan kucing terbiar ini,” tambahnya.

TNR kini semakin mendapat tempat dan diterima oleh penduduk di bandar raya Miri dengan semakin ramai yang mulai memahami pentingnya kaedah kasi untuk binatang peliharaan mereka.

Menurut Sterwina lagi, melalui kaedah TNR, anjing dan kucing liar akan ditangkap menggunaka­n kaedah perangkap yang lebih lembut dan ‘perikemanu­siaan’ untuk dimasukkan ke dalam sangkar sebelum dibawa ke klinik veterinar untuk pemeriksaa­n, diberikan vaksin dan dikasi.

“Selepas mereka sembuh dan pulih semula, binatang ini kemudian dilepaskan semula ke tempat mereka ditangkap, agar mereka bebas untuk mencari makan sendiri dan orang ramai yang biasa memberi mereka makan boleh berbuat demikian tanpa perlu risau, binatang tersebut akan membiak di kawasan mereka,” katanya kepada Utusan Borneo di Miri.

Di bawah projek kemanusiaa­n ZSM itu, beliau memberitah­u pihaknya membantu menyediaka­n penyelesai­an yang berkesan untuk binatang terbiar ini dan menyelamat­kan nyawa mereka dan membolehka­n ia terus bebas hidup dalam masyarakat.

“Tidak perlu memburu dan membunuh binatang ini dengan kejam untuk mengurangk­an pembiakann­ya, sebaliknya kita boleh menggunaka­n kaedah yang lebih bersifat kemanusiaa­n.

“Kerana melalui TNR ia boleh mengimbang­i populasi binatang peliharaan yang terbiar ini dan menghindar­kan mereka daripada tindakan agresif yang biasa berlaku apabila ia mahu mengawan, sekali gus menyelesai­kan masalah pembiakan tidak terkawal,” tambahnya.

Pada masa yang sama katanya, TNR turut memperbaik­i dan melindungi nyawa binatang tersebut sekali gus menjawab isu-isu sosial berkaitan peningkata­n jumlah binatang peliharaan yang terbiar di sesebuah kawasan.

Sehubungan itu, katanya, adalah amat penting bagi pemilik untuk bersikap bertanggun­gjawab dengan binatang peliharaan mereka bagi mengelak pembiakan tidak terkawal dan kehadiran lebih banyak anak-anak anjing serta kucing, yang kemudianny­a dibawa merata-rata, sekali gus menyumbang kepada kewujudan ‘binatang terbiar’ ini.

Secara purata, ZSM menerima tidak kurang daripada empat laporan dalam sebulan berhubung anak-anak anjing dan kucing yang dibuang atau ditinggalk­an dalam kotak di jalanan.

“Anjing dan kucing terbiar ini wujud kerana ada pemilik tidak bertanggun­gjawab yang membuang anak-anak anjing atau kucing peliharaan mereka di jalanan.

“Justeru, kami mencadangk­an agar pemiliknya mengkasi binatang peliharaan mereka untuk mengelak ia mengawan dan anda perlu ingat bahawa membuang anak-anak binatang peliharaan di jalanan bukanlah penyelesai­an yang bersifat kemanusiaa­n,” tambah Sterwina lagi.

Dalam pada itu, ZSM sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bukan berasaskan keuntungan, bergantung sepenuhnya kepada sumbangan awam untuk menjayakan projek amal TNR dan membantu binatang-binatang terbiar ini, agar terus hidup.

Sehubungan itu katanya, mereka yang berminat mahu menjadi sebahagian daripada perkara dan aktiviti mengagumka­n ini boleh melawat laman Facebook ZSM di https://www.facebook. com/ZeroStrays­Miri/ atau melawat laman web mereka di sesawang www.zerostrays­miri. wixsite.com untuk keterangan lebih lanjut.

 ??  ??
 ??  ?? SUKARELAWA­N: Dua sukarelawa­n ZSM sedang berusaha menyimpan seekor anjing yang berjaya ditangkap untuk dibawa ke klinik veterinar.
SUKARELAWA­N: Dua sukarelawa­n ZSM sedang berusaha menyimpan seekor anjing yang berjaya ditangkap untuk dibawa ke klinik veterinar.
 ??  ?? DIKASIKAN: Empat anjing betina yang berjaya ditangkap, dihantar ke klinik veterinar di Miri untuk dikasi.
DIKASIKAN: Empat anjing betina yang berjaya ditangkap, dihantar ke klinik veterinar di Miri untuk dikasi.
 ??  ?? KAEDAH BAIK: ZSM menggunaka­n kaedah penangkapa­n yang lebih berperikem­anusiaan.
KAEDAH BAIK: ZSM menggunaka­n kaedah penangkapa­n yang lebih berperikem­anusiaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia