Utusan Borneo (Sarawak)

KETIADAAN MATEO ROSKAM DIRASAI

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Ketiadaan kelibat penyerang utama, Mateo Roskam ternyata memberi kesan terhadap jentera serangan Sarawak ketika menentang Selangor pada aksi kedua Piala Malaysia 2017 di Stadium Negeri, kelmarin.

Pengendali Bujang Senang, David Usop mengakui barisan serangan sedikit tempang namun cuba mengimbang­i perlawanan berdepan skuad berpengala­man.

Dalam saingan tersebut, Sarawak tewas 2-1 di tangan pelawat yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Francis Forkey Doe pada minit ke-38.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terus dihukum dengan jaringan The Red Giants yang mendahului 20 selepas Dzulazlan Ibrahim tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-64.

“Ya tidak dinafikan, ketiadaan dia (Mateo) memberi kesan kepada jentera serangan, jika nak bandingkan dari segi pengalaman, ia lebih memihak kepada Se-

Ya tidak dinafikan, ketiadaan dia (Mateo) memberi kesan kepada jentera serangan, jika nak bandingkan dari segi pengalaman, ia lebih memihak kepada Selangor. David Usop Jurulatih Sarawak

langor.

“Tetapi kita berjaya mengimbang­i perlawanan dengan pasukan yang diperkuat barisan bintang seperti Amri Yahyah, Andik Vermanshah, dan Forkey Doe,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Negeri.

Bagaimanap­un, David tetap berpuas hati dengan persembaha­n pasukannya meskipun gagal mengutip mata berharga ketika bermain di laman sendiri.

Ketika perlawanan berbakit lapan minit, kemasukan pemain gantian, Shreen Tambi membuahkan hasil apabila berjaya menjaringk­an gol tunggal Sarawak bagi merapatkan defisit jaringan.

Namun, jaringan lewat itu nyata sudah terlambat untuk Sarawak menghalang pelawat pulang dengan tiga mata.

Kekalahan itu merupakan kali kedua berturut- turut selepas tewas 4- 0 ketika bertemu Johor Darul Ta’zim ( JDT) pada aksi pertama tempoh hari sekali gus meletakkan Sarawak di tangga tercorot Kumpulan D tanpa sebarang mata.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GAGAL MENYERLAH: Tommy Mawat (kanan) ketika dihalang pertahanan Selangor.
GAGAL MENYERLAH: Tommy Mawat (kanan) ketika dihalang pertahanan Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia