Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek rosak kereta pemandu GrabCar ditangkap

Enam suspek ditahan reman selama empat hari bagi bantu siasatan berhubung kes ini: Dev

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berjaya menyelesai­kan kes khianat pecah kereta pemandu GrabCar dalam tempoh seminggu susulan tangkapan enam suspek berhubung kes tersebut.

Ketua JSJ Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata, semua suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Bertindak berdasarka­n maklumat pasukan teknikal ibu pejabat JSJ, sepasukan anggota JSJ Miri telah memberkas remaja lelaki berusia 19 tahun kira-kira jam 8.20 malam, Jumaat (7 Julai) lepas di Lutong.

“Beberapa jam kemudian pada hari yang sama, seorang lagi suspek lelaki berusia 34 tahun ditangkap di Jalan Chia Tze,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Dev berkata empat lagi suspek lelaki berusia dalam lingkungan 21 hingga 32 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Seri, Miri kirakira jam 3 petang, Sabtu (8 Julai) lepas.

“Melalui pemeriksaa­n di rumah tersebut, polis menjumpai sebuah kereta jenis Honda Odyssey, kayu pemukul bola lisut, dua batang besi dan rotan.

“Kesemua barang dijumpai tersebut dirampas untuk dijadikan bahan siasatan kes,” katanya.

Jelas Dev lagi, polis menolak kemungkina­n awal motif serangan tersebut adalah akibat ketidakpua­san dalam kalangan pemandu teksi terhadap perkhidmat­an GrabCar seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

“Polis kini giat menjalanka­n siasatan lanjut mengenai motif lain membabitka­n kumpulan suspek ditangkap terbabit,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian 1 Julai lepas kira-kira jam 10.30 malam, sebuah kereta pemandu GrabCar rosak teruk akibat diserang empat suspek tidak dikenali ketika mengambil penumpang di Emart Tudan.

Kesemua suspek telah memecahkan cermin belakang dan hadapan serta keempatemp­at pintu kereta Proton Saga tersebut.

Nombor telefon yang digunakan salah seorang suspek untuk menempah GrabCar itu didapati tiada dalam perkhidmat­an sejurus insiden dan didaftarka­n di bawah nama pemilik yang salah.

Bertindak berdasarka­n maklumat pasukan teknikal ibu pejabat JSJ, sepasukan anggota JSJ Miri telah memberkas remaja lelaki berusia 19 tahun kira-kira jam 8.20 malam, Jumaat (7 Julai) lepas di Lutong. SAC Datuk Dev Kumar Ketua JSJ Sarawak

 ??  ?? DITAHAN REMAN: Kesemua suspek yang terbabit dalam kes khianat pecah kereta GrabCar ditahan reman untuk siasatan.
DITAHAN REMAN: Kesemua suspek yang terbabit dalam kes khianat pecah kereta GrabCar ditahan reman untuk siasatan.
 ??  ?? BARANG KES: Kayu pemukul bola lisut, dua batang besi dan rotan yang dijumpai di rumah suspek dirampas untuk dijadikan bahan kes.
BARANG KES: Kayu pemukul bola lisut, dua batang besi dan rotan yang dijumpai di rumah suspek dirampas untuk dijadikan bahan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia