Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk perumahan bersyukur MDS letak batu atas jalan rosak

-

KUCHING: Penduduk taman perumahan Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian yang enggan dikenali, bersyukur dengan tindakan pantas pihak Majlis Daerah Serian (MDS) meletakkan batu di atas jalan yang sudah rosak atas dasar keselamata­n.

Menurut pengadu, dia telah mendiami kawasan perumahan tersebut sejak 1999 dan baru-baru ini terdapat sebuah projek perumahan yang dijalankan di kawasan berkenaan yang memerlukan lori dan jentera berat melalui jalan raya sedia ada.

“Jalan-jalan yang terjejas adalah jalan yang memasuki kawasan perumahan iaitu di hadapan pusat komersil, berdekatan bulatan pertama perumahan tersebut, simpang Lorong 7A dan 7C.

“Walaupun saya tidak pernah nampak lori-lori yang membawa tanah tersebut pada waktu siang kerana sedang bekerja, apatah lagi pada waktu hujung minggu dan malam kerana mereka juga tidak bekerja… tetapi ada orang lain yang nampak.

“Kita cuma takut keadaan ini dengan keadaan lampu yang malap pada waktu malam atau hujan boleh mengancam keselamata­n pengguna jalan raya yang juga kalangan mereka yang mendi- ami kawasan perumahan ini,” katanya baru-baru ini.

Paling menyedihka­n apabila keadaan jalan tersebut tidak ubah seperti sebuah kolam ditambah pula jika baharu lepas hujan.

Bagaimanap­un, beliau berharap agar pihak MDS akan menurap semula jalan tersebut kerana batu diletakkan di atas jalan yang rosak tidak dapat bertahan lama.

Sebelum ini, kawasan pe- rumahan tersebut terletak di bawah jagaan MPP tetapi bertukar tangan kepada MDS selepas Serian dijadikan bahagian.

Pengadu berkata pihaknya belum membuat sebarang aduan tetapi berharap jalan tersebut akan diturap secepat mungkin.

Pihak MDS ketika dihubungi pula berkata pihaknya akan mengambil tindakan pantas bagi men- gatasi masalah tersebut namun untuk menurap semula jalan itu akan mengambil masa kerana memerlukan permohonan peruntukan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.

 ??  ?? BERBAHAYA: Jalan-jalan di taman perumahan tersebut yang masih belum diletakkan batu berkemungk­inan membahayak­an pengguna jalan raya.
BERBAHAYA: Jalan-jalan di taman perumahan tersebut yang masih belum diletakkan batu berkemungk­inan membahayak­an pengguna jalan raya.
 ??  ?? LANGKAH SEMENTARA: Jalan yang sudah diletakkan batu oleh pihak MDS untuk keselamata­n pengguna jalan raya yang melalui kawasan perumahan tersebut.
LANGKAH SEMENTARA: Jalan yang sudah diletakkan batu oleh pihak MDS untuk keselamata­n pengguna jalan raya yang melalui kawasan perumahan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia