Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa saudara dedah mangsa disyaki dijangkiti rabies bertindak agresif

-

KUCHING: Bapa saudara kepada seorang mangsa yang disyaki dijangkiti rabies mengakui bahawa anak saudaranya bertindak agresif dengan menendang dan meludah ibunya baru-baru ini.

Asem Ladong bapa saudara kepada seorang kanakkanak perempuan dari Ampungan Serian berkata anak saudaranya itu sebenarnya sangat baik dan bersopan tetapi berubah secara tibatiba selepas terkena gigitan anjing.

“Disebabkan tingkah laku dan sikapnya yang berubah ditambah lagi baharu sahaja mendengar tentang wabak rabies, kami terus menghantar anak saudara saya ke hospital semula.

“Anak saudara saya telah dihantar ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Umum Sarawak ( HUS) sejak semalam selepas menunjukka­n tanda-tanda dijangkiti virus rabies.

“Sejak 6 Julai lepas, anak saudara saya dimasukkan ke HUS dan keesokan harinya tidak sedarkan diri dan masih lagi di tahap kritikal,” katanya ketika ditemui semalam.

Keluarga kanak- kanak tersebut masih lagi menunggu keputusan ujian darah selepas sampel darahnya dihantar ke Semenanjun­g Malaysia.

Memandangk­an keputusan tersebut masih lagi belum diketahui... kanakkanak terbabit masih belum dapat disahkan mengalami jangkitan rabies.

Bapa saudaranya memberitah­u bahawa kanakkanak tersebut telah digigit di bahagian pipi dan tangan oleh seekor anjing sebelum sambutan Gawai bulan lepas.

Bagaimanap­un, kanakkanak tersebut telah mendapat rawatan di Hospital Serian tetapi tidak mengesyaki apa-apa pada masa itu dan dirawat sebagai luka biasa, tambahnya.

Sejurus selepas mendengar tentang penularan penyakit rabies keluarga kanak-kanak perempuan tersebut menghantar­nya untuk mendapatka­n rawatan semula walaupun tidak menunjukka­n sebarang tanda sembuh sebaliknya menunjukka­n simptom dijangkiti virus berkenaan selepas digigit anjing.

Kanak-kanak perempuan itu digigit di bahagian pipi kanan dan tangan.

Turut hadir di wad berkenaan adalah bapa kanakkanak perempuan dengan sabar menanti anaknya sembuh saban hari dan enggan bercakap dengan sesiapa pun.

Jika keputusan menunjukka­n tanda positif, maka kanak-kanak perempuan ini berkemungk­inan menjadi mangsa keempat penularan rabies di Serian.

Sebelum ini, tiga kes yang telah disahkan melibatkan­kan dua kanak-kanak berumur masing-masing 4 dan 6 tahun dari Kampung Paon Rimu Bakong, Serian meninggal dunia sementara seorang lagi mangsa kanakkanak perempuan berusia tujuh tahun dari kawasan yang sama.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian memberitah­u pemberita semalam bahawa keputusan ujian darah kanakkanak tersebut belum lagi keluar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia