Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan elektrik, air sangat diperlukan di Jalan Adis Soba

-

BAU: Kira-kira 100 keluarga di Kampung Apar Singai di sini yang ingin tinggal atau berkebun di tanah mereka yang terletak dua kilometer di Jalan Adis Soba terpaksa melupakan hasrat mereka itu, kerana tiada bekalan elektrik dan air.

Justeru, bekas ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian Ngusie berkata kerajaan negeri diharap dapat menyediaka­n kemudahan tersebut kerana ia sangat diperlukan.

“Saya mewakili penduduk memohon bantuan daripada kerajaan negeri untuk melaksanak­an lanjutan bekalan air dan elektrik ke kawasan ini.

“Degan adanya kemudahan asas ini, ia akan membolehka­n penduduk membina rumah atau berkebun di tanah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Festival Borneo Tribal 2017, Gawai Raya dan pembukaan rasmi Borneo Tribal Village (BTV) di Kampung Apar Singai, di sini yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, semalam.

Selain itu, Nansian yang juga pengerusi penganjur majlis turut menyeru kerajaan membina jalan pintas Kampung Apar dengan menggantik­an jambatan bailey di Sungai Adis dengan jambatan konkrit.

Menurutnya, projek tersebut sudah diluluskan kerajaan persekutua­n pada Pilihan Raya Negeri yang lepas.

“Projek ini sangat diperlukan bukan sahaja bagi mengelak melalui jalan kampung yang sempit dan berbahaya kepada kanak-kanak, tetapi juga sebagai kemudahan untuk penduduk membangunk­an ribuan ekar tanah NCR mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Nansian juga meminta agar menara telekomuni­kasi turut dibina berhampira­n Kampung Apar kerana kawasan berkenaan kini tidak mempunyai talian telefon yang baik dan tidak dapat diakses Internet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia