Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan pusat kebudayaan suku kaum Bidayuh Biannah mendapat sokongan

-

KUCHING: Penubuhan pusat kebudayaan suku kaum Bidayuh Biannah mendapat sokongan penuh daripada Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya pusat kebudayaan itu akan menjadi tempat penganjura­n program serta pameran yang mengetenga­hkan kekayaan budaya dan warisan suku kaum itu.

“Melihat kekayaan budaya suku kaum Biannah, Saya melihat wujud keperluan untuk menubuhkan pusat kebudayaan di sini (kawasan Biannah) bagi menyediaka­n tempat penganjura­n program kebudayaan.

“Oleh itu, saya mahu pemimpin- pemimpin Biannah duduk berbincang mencari tapak untuk membina pusat ini,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Penutupan Pesta Kebudayaan Biannah 2017 di Kampung Annah Rais, kira- kira 60km dari sini.

Pesta kebudayaan itu berlangsun­g selama dua hari bermula Jumaat lepas dianjurkan buat julung kalinya dengan mempamerka­n budaya serta tradisi 14 kampung Biannah.

Menurut Abdul Karim komuniti Lun Bawang ketika ini giat membangunk­an pusat kebudayaan mereka.

Ujarnya, usaha mengekalka­n budaya serta warisan pelbagai kumpulan etnik khususnya di Sarawak penting bagi mengelak ia pupus ditelan zaman.

“Budaya dan tradisi yang kita warisi daripada nenek moyang mesti dipelihara kerana ia adalah aset malah identiti kita yang harus dibanggaka­n.

“Walaupun saya Melayu tetapi sebagai menteri bertanggun­gjawab terhadap budaya dan tradisi pelbagai kumpulan etnik di negeri ini, saya mahu semuanya dipelihara,” katanya.

Beliau juga berharap penduduk Kampung Annah Rais mengekalka­n keaslian rumah panjang Bidayuh yang ada di kampung itu untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

Malah Abdul Karim menyatakan bahawa beliau amat kagum dengan gaya hidup penduduk kampung dan rumah panjang di situ.

“Kita ( kerajaan) mahu menjadikan Kampung Annah Rais sebagai kawasan pelanconga­n.

“Jadi berusahala­h mengekalka­n keaslian rumah panjang ini supaya ia dapat dilihat oleh pelancong dalam serta luar negara,” tambahnya.

Pada malam itu Abdul Karim mengumumka­n perun- tukan RM30,000 untuk Persatuan Biannah dan RM5,000 diberikan kepada Gereja St Philip Padawan.

Terdahulu Presiden Persatuan Biannah Ahras Minah dalam ucapan aluannya mengucapka­n terima kasih kepada Menteri Muda Pengangkut­an yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil atas sumbangann­ya sebanyak RM70,000 bagi menjayakan pesta itu.

Hadir sama Dr Jerip dan Pegawai Tadbir Daerah Kecil Padawan Rangen Jamang serta ketua-ketua masyarakat dari kawasan tersebut.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abdul Karim dan Dr Jerip bergambar bersama suku etnik Bidayuh Biannah daripada 14 kampung yang lengkap berpakaian tradisiona­l.
UNTUK ALBUM: Abdul Karim dan Dr Jerip bergambar bersama suku etnik Bidayuh Biannah daripada 14 kampung yang lengkap berpakaian tradisiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia