Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian ke London untuk teliti fakta tulen MA63: Hasidah

-

KUCHING: Pasukan khas yang diketuai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ke London adalah dalam misi meneliti fakta tulen daripada dokumen asli Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata usaha itu untuk memastikan kerajaan negeri mempunyai fakta sebenar MA63 dan bukannya daripada sumber salinan atau Internet.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa misi ini adalah untuk meneliti fakta tulen MA63 daripada dokumen asli perjanjian tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan kunjungan ke Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini semalam.

Malah, Hasidah berkata pada masa kini terlalu banyak salinan dokumen MA63 tersebar di laman sosial.

“Sebab itu kita lakukan penyelidik­an kita untuk mencari fakta tulen kerana kita mahu kita mempunyai fakta sebenar daripada dokumen asli MA63,” tegasnya.

Pada masa sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu turut menempelak pihak pembangkan­g yang menyifatka­n usaha kerajaan negeri itu merupakan satu pembaziran.

“Tidak ia bukan satu pembaziran, ini adalah demi kepentinga­n Sarawak keseluruha­nnya, jadi tidak timbul pembaziran,” katanya.

Menurutnya lagi, pasukan yang akan dianggotai tujuh hingga lapan orang itu dijangka akan berangkat ke London selama seminggu pada 16 Julai ini.

“Kita akan pergi ke beberapa tempat di sana (London) untuk mendapatka­n dan meneliti semua fakta berkaitan daripada dokumen asli MA63,” ujarnya.

Sementara itu, Nancy menegaskan bahawa tindakan kerajaan negeri menghantar pasukan khas berkenaan tidak menjejaska­n proses perundinga­n penurunan kuasa yang sedang dijalankan menerusi Jawatankua­sa Teknikal yang dipengerus­ikannya bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

“Sarawak ada hak untuk mengkaji sejarah negeri, ia bukan bererti campur tangan dengan apa yang kita lakukan sekarang ini.

“Kita perlu lihat daripada dua perspektif berbeza, yang di Putrajaya itu saya antara pengerusi bersama den- gan Anifah Aman mewakili Sarawak dan Sabah dalam rundingan berkaitan hak yang terhakis selama ini.

“Perkara berkaitan hakhak Sarawak di bawah MA63 yang telah terhakis sedang dikaji, bukan itu sahaja ada juga yang telah dilaksanak­an secara pentadbira­n,” jelasnya.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sentiasa menyambut baik apa yang disuarakan oleh Sarawak dan Sabah.

Dalam perkembang­an lain, Nancy berkata pada masa ini pihaknya sedang mendidik masyarakat tentang kebaikan tenaga nuklear yang diguna pakai negara maju lain seperti Jepun dan China.

“Buat masa sekarang kita hanya memberi pendidikan kepada rakyat tentang kebaikan tenaga nuklear, ia adalah perancanga­n kita sahaja bukan bererti ia terus dilaksanak­an di negara ini,” katanya.

 ??  ?? MISI CARI FAKTA: Hasidah ditemui pemberita semasa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Nancy semalam.
MISI CARI FAKTA: Hasidah ditemui pemberita semasa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Nancy semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia