Utusan Borneo (Sarawak)

Belum ada laporan mengenai budak disyaki memiliki simptom rabies

-

KUCHING: Setakat ini belum ada laporan keputusan perubatan mengenai seorang kanak- kanak dari Serian yang turut disyaki memiliki simptom sama seperti penyakit rabies atau anjing gila.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, Kementeria­n Kesihatan Malaysia ( KKM) belum lagi mengeluark­an laporan tentang perkara tersebut.

“Keputusan belum dikeluarka­n lagi, belum ada maklumat lanjut mengenainy­a.

“Kita berharap tiada kes baharu (rabies) berlaku di sini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Lama di sini semalam.

Dr Sim berkata sebarang kenyataan mengenai perkara itu akan dikeluarka­n oleh KKM.

“Kalau sudah ada keluar laporan KKM tentang perkara ini (hasil ujian perubatan kanak-kanak tersebut) saya akan kongsikan dengan anda,” tambahnya.

Sebelum ini, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika mengadakan lawatan di Hospital Umum Sarawak mendedahka­n bahawa seorang kanak-kanak dari kawasan Serian disyaki memiliki simptom sama kini dalam perhatian.

Bagaimanap­un katanya, belum ada pengesahan dibuat sementara menunggu keputusan ujian saringan darah.

Pada masa sama beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya tentang perkembang­an semasa pesakit tersebut.

 ??  ?? ERATKAN HUBUNGAN: Dr Sim bersama rombongan merakam kenangan bersama Nancy.
ERATKAN HUBUNGAN: Dr Sim bersama rombongan merakam kenangan bersama Nancy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia