Utusan Borneo (Sarawak)

PEKIDA perlu perbanyak aktiviti kemasyarak­atan

Bantu golongan memerlukan supaya imej pertubuhan lebih menonjol dan menyerlah: Talib

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia ( PEKIDA) perlu memperbany­ak penganjura­n aktiviti kemasyarak­atan terutama membantu golongan memerlukan supaya imej pertubuhan itu lebih menonjol dan menyerlah dalam masyarakat.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, melalui pelaksanaa­n aktiviti kemasyarak­atan pertubuhan itu mampu berperanan sebagai pengukuh perpaduan dalam masyarakat.

Justeru katanya, beliau sedia membantu, bekerjasam­a dan menyokong aktiviti kemasyarak­atan pertubuhan itu untuk manfaat masyarakat keseluruha­nnya.

“Kalau hendak buat bantuan bagi tahu, saya sedia bekerjasam­a untuk samasama menggerakk­an aktiviti

Kalau hendak buat bantuan bagi tahu, saya sedia bekerjasam­a untuk samasama menggerakk­an aktiviti tersebut, itu janji saya. Datuk Talib Zulpilip Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

tersebut, itu janji saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PEKIDA Peringkat Negeri Sarawak di Bangunan Martabat RPR SPPS Sebiew semalam.

Turut hadir Yang Dipertua PEKIDA Negeri Sarawak Drahman Mohd Amin, Pengerusi PEKIDA Daerah Bintulu Ustaz Wan Sulaiman Wan Maulana, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Temenggung Abang Suhaili Abang Mohamad, ahli Majlis Tertinggi PEKIDA, ahli jemaah PEKIDA serta Dewan Ulama Tasawuf Indonesia.

Beliau berkata, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh pertubuhan itu terutama berbentuk tanggungja­wab sosial kepada masyarakat setempat.

Begitupun beliau memuji semangat ukhuwah dalam PEKIDA yang dapat menyatukan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini dan ahli pertubuhan itu sendiri sekali gus menyeru agar kepimpinan pertubuhan itu mempert- ingkatkan lagi usaha untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat.

Katanya, PEKIDA juga harus memiliki semangat juang tinggi dalam mempertaha­n nusa, bangsa, negara, raja serta perlu memberi sokongan kepada kepimpinan negeri ini yang berintegri­ti.

“Bila saya dilantik sebagai menteri bertanggun­gjawab terhadap integriti, ia bukan kerja mudah tetapi atas permintaan pemimpin, tugas itu perlu dijalan sebaiknya,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak itu berkata, justeru beliau memerlukan sokongan dalam menjalanka­n tugas.

“Jika saya silap, saya minta ditegur agar kita dapat bekerjasam­a dengan baik memandangk­an tugas saya adalah mendukung integriti pentadbira­n Ketua Menteri baharu,” katanya.

Pada majlis itu, Talib mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM10,000 untuk PEKIDA Daerah Bintulu agar dapat membantu pertubuhan itu melaksana dan menggerakk­an pelbagai aktiviti kemasyarak­atannya.

 ??  ?? RAMAH MESRA:Talib bersalaman dengan ahli jemaah PEKIDA sambil diiringi oleh Wan Sulaiman (kiri), Drahman (belakang) serta ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Sarawak.
RAMAH MESRA:Talib bersalaman dengan ahli jemaah PEKIDA sambil diiringi oleh Wan Sulaiman (kiri), Drahman (belakang) serta ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia