Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan JKKK salah satu strategi wujud masyarakat berdikari, proaktif

-

SRI AMAN: Penubuhan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di setiap kampung dan rumah panjang di negeri ini merupakan salah satu strategi untuk mewujudkan masyarakat yang berdikari dan proaktif dalam pembanguna­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata, organisasi JKKK adalah sebuah badan pentadbir yang memainkan peranan sangat penting sebagai sebuah jentera pentadbir asas.

“Oleh itu, adalah amat mustahak pemimpin JKKK diberi latihan kemahiran dalam segala aspek penubuhan, pentadbira­n, pengurusan JKKK dan pembanguna­n untuk membentuk JKKK yang berwawasan, berdikari, produktif dan maju.

“Kepimpinan dan pengurusan organisasi yang cekap adalah faktor utama dan kritikal untuk meningkatk­an pembanguna­n kampung secara lebih progresif dan tersusun. Ini kerana pemimpin masyarakat, pemimpin tempatan dan institusi JKKK adalah ‘focal point’ apabila berhubung dan berbincang dengan pihak kerajaan kerana projek dan bantuan yang disediakan kerajaan akan disalurkan, diterima dan diurus oleh mereka,” ujarnya.

Mong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Ngiling Tikai 2017 anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Alfred Renang, Rawan Ulu, Tanjung Bijat, Sri Aman dekat sini semalam.

Menurutnya, pemimpin masyarakat masa kini perlu lebih peka tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka, tugas mereka lebih mencabar dan sentiasa berubah selaras dengan perubahan yang berlaku sekarang akibat ekonomi pengetahua­n, globalisas­i dan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi.

“Di sinilah pihak pemimpin masyarakat perlu mengamalka­n kemahiran kepimpinan untuk membimbing dan memajukan masyarakat kampung.

“Oleh itu, pemimpin masyarakat harus mencermink­an suara hati dan kehendak masyarakat kampung dengan mengetepik­an kepentinga­n sendiri,” jelasnya.

Katanya, pembanguna­n pesat yang telah dicapai negeri ini pada masa ini adalah hasil komitmen dan usaha gigih kerajaan dan pemimpinpe­mimpin yang berwibawa yang telah dipilih oleh rakyat sendiri.

“Oleh itu, penglibata­n dan penyertaan yang lebih menyeluruh daripada rakyat yang menjadi sasaran pembanguna­n akan terus diberi keutamaan dan perhatian,” ujarnya.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan, ketua-ketua masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia