Utusan Borneo (Sarawak)

Rebut peluang ekonomi di negeri Johor: Uggah

Masyarakat S’wak di Johor Bahru perlu rebut peluang ekonomi di negeri itu untuk tingkat taraf hidup

-

KUCHING: Masyarakat Sarawak di Johor Bahru perlu merebut peluang ekonomi yang ada di negeri itu dalam usaha meningkatk­an taraf hidup masing- masing di perantauan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Pasar Borneo Johor telah menjadi pusat kegiatan sosial yang sihat dan memupuk kegiatan ekonomi.

Selain menjadi tempat pertemuan masyarakat Sarawak dan Sabah katanya, Pasar Borneo Johor turut menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Johor Bahru.

“Jadi, gunakanlah peluang ini untuk mencari rezeki dan memajukan hidup dengan sebaik-baiknya.

“Cari dan bina peluang perniagaan baharu, tingkatkan usaha serta jaringan ( network) kenalan kerana dengan networking dan kenalan yang luas, saiz pasaran anda juga akan bertambah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis ‘Pengerami Ngiling Bidai’ 2017 Pasar Borneo Johor di Pasir Gudang, Johor Bahru, malam kelmarin (Sabtu).

Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan dan Pengerusi Persatuan Borneo Johor Donny Linan.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah menyeru warga Sarawak di Johor untuk men- gambil peluang dan kesempatan untuk meningkatk­an kualiti kehidupan yang disediakan di bawah pimpinan Menteri Besar.

Beliau turut merakam setinggi- tinggi penghargaa­n kepada Khaled atas kesediaan menyedia dan memberi pelbagai peluang untuk maju kepada anak-anak Sarawak termasuk komuniti Dayak.

“Oleh itu, saya menyeru agar kita di sini terus memberikan sepenuh kerjasama dan sokongan padu kepada pemimpin masyarakat di sini, khususnya kepada Menteri Besar Johor,” katanya.

Beliau pada masa sama turut menyeru agar Persatuan Borneo Johor terus memperkuku­h organisasi tersebut serta aktif bekerjasam­a dengan semua lapisan masyarakat agar setiap program dirancang mendapat sambutan pelbagai pihak.

Usaha berkesan dan sistematik hendaklah dirancang dan dilaksanak­an katanya, untuk menarik minat dan penyertaan terutama masyarakat Dayak, khususnya generasi baharu.

“Ahli-ahli Persatuan Borneo Johor hendaklah sentiasa peka tentang isu- isu dan perubahan- perubahan di peringkat global, nasional dan di Sarawak.

“Pengetahua­n khasnya berkaitan era dan ekonomi digital dapat menyediaka­n peluang berkecimpu­ng dalam perniagaan menerusi alam siber (Internet),” katanya.

Uggah turut menasihati semua masyarakat Dayak di Johor agar terus mengamalka­n semangat bersatu padu dan bekerjasam­a.

“Perpaduan yang erat dibentuk oleh kerajaan menerusi dasar yang ada harus diselami dengan baik dan disulami dengan nilai kebertangg­ungjawaban sesama kita,” katanya.

Sementara itu, Khaled berkata, kerajaan negeri bersedia menambah bilangan ketua masyarakat Sarawak di sini sekiranya jumlah sedia ada tidak mencukupi.

Katanya, dianggarka­n terdapat kira- kira 35,000 warga Sarawak menetap di Johor ketika ini terutama di kawasan Pasir Gudang dan mereka diwakili oleh seorang ketua masyarakat yang dilantik kerajaan negeri serta menerima elaun.

“Jika tidak cukup, insyaAllah kita bersedia menambah jumlah ketua masyarakat yang dapat memberi perhatian dan membantu kerajaan negeri menyelesai­kan semua isu dan masalah yang dihadapi masyarakat Sarawak,” katanya.

Jadi, gunakanlah peluang ini untuk mencari rezeki dan memajukan hidup dengan sebaik-baiknya. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? BERAKHIRNY­A GAWAI: Khaled (tengah) bersama Uggah (dua kanan) dan yang lain menyempurn­akan simbolik penutupan sambutan Hari Gawai di Pasar Borneo Johor, malam kelmarin.
BERAKHIRNY­A GAWAI: Khaled (tengah) bersama Uggah (dua kanan) dan yang lain menyempurn­akan simbolik penutupan sambutan Hari Gawai di Pasar Borneo Johor, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia