Utusan Borneo (Sarawak)

Iban perlu jaga ‘Jaku Iban’

Jika mahu lihat bahasa mereka berkembang dan dihormati

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Masyarakat Iban di negeri ini perlu menjaga dengan baik dan melindungi bahasa ibunda ‘Jaku Iban’, jika mahu melihat bahasa mereka berkembang sebagai bahasa dihormati, diguna dan difahami, bukan sahaja oleh bangsa Iban tetapi juga bangsa lain ingin mempelajar­inya.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, jika bangsa Iban mahu memantapka­n ‘ Jaku Iban’, maka mereka perlu serius dan bukannya bermain-main dengan usaha, lebih-lebih lagi yang sedang dan telah diperjuang sesetengah pihak yang ingin membangunk­annya.

“Kita sedar bahawa kebangkita­n tamadun sesuatu bangsa bermula dengan bahasanya dan bukan sedikit bahasa di dunia ini yang tidak dapat menempatka­n diri di persada pendidikan, sebaliknya bahasa Iban mampu melakukann­ya.

“Bahasa Iban kini telah diberi kuasa oleh Kerajaan Malaysia untuk diajar di sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi, universiti. Jadi perlu ada usaha untuk memantapka­nnya agar ketulenan bahasa Iban terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penutupan Rasmi Persidanga­n Antarabang­sa Bahasa Iban dan Etnografi (ICILE) 2017 yang berakhir petang kelmarin.

Persidanga­n selama dua hari yang berlangsun­g pada 7 dan 8 Julai di Institut Pen- didikan Guru (IPG) Kampus Sarawak di sini, telah dianjurkan oleh ketua-ketua masyarakat Iban Miri yang diketuai Pemanca Wilson Siang Lim dengan kerjasama IPG Kampus Sarawak, Miri.

Lebih 300 peserta menghadiri persidanga­n tersebut, yang datang dari seluruh negeri, termasuk dari Semenanjun­g Malaysia dan Brunei Darusalam.

Menurut Ahmad Lai lagi, usaha memartabat­kan dan memperkasa­kan ‘Jaku Iban’ itu, pastinya memakan masa dan memerlukan bijak pandai daripada kalangan kaum Iban untuk melakukann­ya.

“Namun ia bukan mustahil, lebih-lebih lagi kehadiran cendekiawa­n Iban berkelulus­an PhD, yang turut hadir dalam persidanga­n ini.

‘Kita juga mendengar hasil penyelidik­an enam orang daripada mereka dengan cadangan untuk memantapka­n bahasa Iban atau ‘Jaku Iban’ agar sesuai dengan perkembang­an zaman,” tambahnya.

Ahmad Lai turut menggesa tuai- tuai rumah memanfaatk­an sebaiknya persidanga­n itu dan kemudianny­a menyampaik­an segala maklumat dan pengetahua­n yang diperolehi kepada anak buah mereka untuk dikongsi bersama.

“Pada masa sama, masyarakat Iban perlu bangga dengan bahasa sendiri dan tidak malu menggunaka­nnya,” katanya.

Ahmad Lai memberitah­u bahawa beliau sendiri amat berminat dan masih dalam proses belajar ‘Jaku Iban’ serta semakin memahami apa yang dituturkan dalam bahasa Iban. Pada majlis sama, Ahmad Lai turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM10,000 untuk membantu menampung kos penganjura­n persidanga­n tersebut, sebagai tanda sokongan beliau terhadap usaha murni itu.

Turut hadir Pengarah IPD Kampus Sarawak, Miri Jamiran Salam serta pengerusi penganjur Pemanca Wilson Siang Lim.

 ??  ?? UNTUKMU: Ahmad Lai (kanan) menerima cendermata daripada Wilson, sambil disaksikan Jamiran (di sebelah kiri Ahmad Lai) dan tetamu kehormat lain.
UNTUKMU: Ahmad Lai (kanan) menerima cendermata daripada Wilson, sambil disaksikan Jamiran (di sebelah kiri Ahmad Lai) dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia