Utusan Borneo (Sarawak)

Tolak idealisme ekstremis: Dr Rayong

- Oleh Frankie Junau

SKRANG: Rakyat harus menolak fahaman ekstremism­e dan mengutamak­an perpaduan kerana ia tonggak keharmonia­n masyarakat berbilang kaum terutama di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, menolak fahaman ekstremism­e terutama dalam pegangan agama merupakan kunci kepada keharmonia­n sesebuah negeri dan negara amnya.

“Kita lihat banyak negara jiran selain negara di Timur Tengah bergolak dan hancur gara-gara ketaksuban terhadap bangsa, budaya dan agama sedangkan agama tidak pernah mengajak pengikutny­a berbalah sesama sendiri sebaliknya hidup aman, rukun dan saling hormat-menghormat­i,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai 2017 anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (Induk) Skim Skrang di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa di sini semalam. Hadir sama Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak.

Tambahnya, negeri berbilang kaum seperti Sarawak tidak harus terjerumus dengan pertelingk­ahan kaum memandangk­an negeri ini dihuni lebih 28 etnik yang pastinya mempunyai pelbagai budaya, kepercayaa­n serta dialek tersendiri.

“Maka itu, walaupun ada antara suku kaum itu sangat kecil dan minoriti namun hak dan keinginan mereka harus diberi perhatian agar kita dapat hidup aman dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) itu lagi, apa sahaja aktiviti yang dapat mengukuhka­n semangat ukhuwah dan perpaduan harus diberi perhatian dan disokong sepenuhnya.

“Antaranya ialah menerusi sambutan perayaan seperti Hari Gawai Dayak, Krismas, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan sebagainya harus disambut semua kaum dengan mengadakan rumah terbuka,” katanya.

Katanya budaya ini perlu diteruskan kerana ia medan terbaik untuk merapatkan hubungan silaturahi­m sesama masyarakat majmuk seperti Sarawak.

Menyentuh aspek pendidikan, Dr Rayong menyeru kepada semua ibu bapa agar menyediaka­n peluang pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

“Seperti yang selalu saya tegaskan bahawa hanya menerusi pendidikan dapat mengubah bukan sahaja masa depan diri dan keluarga malah jatuh dan bangun sesebuah negeri dan negara bergantung kepada generasi muda hari ini.

“Maka itu, jangan sesekali abaikan pendidikan anak-anak kerana tanpa bekalan ilmu mencukupi, masa depan golongan muda itu akan kelam dan tidak dapat bersaing dengan rakan-rakan daripada kaum lain,” katanya.

Katanya, rakyat di konstituen­si Engkilili terutama di Skim Skrang tidak perlu risau kerana sebagai ADUN di sini beliau akan membawa sebanyak mungkin pembanguna­n kerana ia adalah hak rakyat untuk menikmatin­ya.

“Terkini kita dapat saksikan kerja-kerja menaik taraf jalan di Skim Skrang sedang dilakukan dengan anggaran kos sebanyak RM2 juta,” katanya.

Turut berucap ialah William Nyalau yang antara lain berikrar membawa lebih banyak pembanguna­n untuk Parlimen Lubok Antu yang terdiri daripada DUN Engkilili dan Batang Ai.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat khususnya pengundi agar tidak terpengaru­h dengan dakyah segelintir pihak yang mendakwa beliau tidak terpilih untuk mempertaha­nkan kerusinya itu pada PRU14 kelak.

“Jika betul saya tidak terpilih, maka orang yang harus tahu dan pertama diberitahu adalah saya dan bukan orang lain dan berita yang dimainkan oleh akhbar pastinya tidak betul,” katanya.

Pada majlis yang turut menyaksika­n penyampaia­n insentif kepada 124 pelajar dari tahun satu hingga enam di SK Skim Skrang itu, Dr Rayong turut mengumumka­n pemberian geran MRP kepada JKKK Induk Skim Skrang bernilai RM20,000.

Turut hadir pengeusi pengelola Tuai Rumah Johnson Damu, Kaunselor Tuai Rumah Bangkong Maweng, Pegawai JASA Sri Aman Geofrey Maba, Pegawai JASA Edwin Anchih, penghulu, para kapitan, kaunselor, tuai rumah, wakil parti komponen BN serta masyarakat di sekitar DUN Engkilili dan Batang Ai.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Rayong dan Nyalau bergambar bersama ahli Kelab Gagong Betong serta ahli jawatankua­sa penganjur selepas upacara ‘Ngetas Ranyai’ Majlis Ngiling Bidai Skim Skrang semalam.
UNTUK ALBUM: Dr Rayong dan Nyalau bergambar bersama ahli Kelab Gagong Betong serta ahli jawatankua­sa penganjur selepas upacara ‘Ngetas Ranyai’ Majlis Ngiling Bidai Skim Skrang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia