Utusan Borneo (Sarawak)

Pereka peraga fesyen bermotif Borneo pada BFW 2017

-

KUCHING: Buat julung kalinya, Minggu Fesyen Borneo (BFW) 2017 diadakan di sini, menampilka­n penggiat industri fesyen memperagak­an fesyen bermotifka­n Borneo.

Diadakan di Borneo744, sesi ‘Red Carpet’ yang diadakan semalam dihadiri isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, selain turut diiringi isteri Ketua Menteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Pengerusi BFW 2017 Datin Esther Mujan Balan ketika menyampaik­an ucapan aluan pada majlis ‘ Red Carpet’ itu berkata, penganjura­n BFW 2017 itu selari dengan tema yang dibawakan iaitu ‘Membawa Borneo Kepada Dunia’.

Katanya Sarawak khasnya memiliki kekayaan budaya yang amat bersesuaia­n untuk ditawarkan kepada seluruh dunia bermula daripada as- pek kraf kepada rekaan yang ditemui daripada pelbagai etnik dan masyarakat yang ada.

“Anugerah dan penghargaa­n berperanan sebagai dorongan bagi meningkatk­an semangat selain sebagai galakan agar berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi, iaitu fesyen.

“Tetapi ia tidak mencukupi jika hanya mencipta produk atau barangan yang berfungsi, difahami serta digunakan tetapi sebaliknya kita juga hendaklah mencipta produk yang membawa kebahagiaa­n, kegembiraa­n, kesenangan dan kecantikan untuk kehidupan masyarakat kita yang sekali gus dapat dilonjak ke mata dunia,” katanya.

Jelasnya sepanjang tiga hari berlangsun­gnya BFW 2017 itu, semua pemain industri tampil memperagak­an fesyen, selain menyambut dan mem- pamerkan kreativiti serta kepelbagai­an yang akhirnya ditukar kepada fesyen.

Dalam pada itu, BFW 2017 yang dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada 7 Julai lalu dijayakan oleh pereka fesyen terkenal tempatan dengan kerjasama MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre) dan Borneo 744.

Antara pereka terkenal yang menjayakan BFW ialah Datuk Tom Abang Saufi, Rasta Rashid, Afsana Ferdousi, Eusopth Salleh, Nila Palacios, Paul Carling dan banyak lagi.

Tidak ketinggala­n koleksikol­eksi terkenal seperti Pua Heritage, De’Myla, Null By Shuz, Von Jolly Couture, Yans Creations termasuk Limkokwing Fashion Club dan Satirical Satin Project.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia