Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat India miliki kepakaran kejurutera­an awam digesa meneroka pasaran India

-

KUCHING: Masyarakat India terutama yang mempunyai kepakaran bidang kejurutera­an awam digesa meneroka pasaran kerja di luar Malaysia seperti di negara India.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata India bakal muncul sebagai negara penyumbang terbesar kepada dunia selain China.

“Saya telah ke India dua kali dan pemimpin India berharap untuk bekerjasam­a dengan Malaysia dalam sektor industri.

“Kagum dengan struktur binaan pusat konvensyen kita di Malaysia, pemimpin India juga telah mempelawa kita membina pusat konvensyen bagi negara mereka selain terlibat dalam kerja- kerja pembinaan jalan dan lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Karnival Sukan Pertubuhan Belia Hindu Kuching ( KHYO) di salah sebuah hotel di sini semalam.

Tambah Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, negara India turut menawarkan beberapa projek kepada Malaysia dalam sektor perumahan dan pelanconga­n.

Malaysia katanya, telah menghantar beberapa cadangan kepada kerajaan India dan sebahagian daripada negeri- negerinya menyatakan keinginan untuk bekerjasam­a dengan Malaysia.

“Bagi mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejurutera­an jangan hadkan diri anda untuk pasaran kerja di Malaysia sahaja tetapi juga di luar negara.

“Walau sekecil mana komuniti anda, anda adalah sebahagian daripada Sarawak dan walau sekecil mana sumbangan anda, anda tetap sebahagian daripada pembanguna­n negara,” katanya.

Karnival Sukan KHYO 2017 berlangsun­g baru-baru ini melibatkan lima jenis sukan iaitu boling, bola jaring, futsal, snuker dan memanah.

Karnival itu bertujuan merapatkan lagi hubungan antara belia Hindu di bandar raya ini dengan pemimpinpe­mimpin Hindu di samping mempromosi­kan gaya hidup sihat.

Pada majlis itu, Fadillah turut menyampaik­an geran sebanyak RM5,000 kepada KHYO bagi membantu pertubuhan mengadakan aktiviti atau program pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia