Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah tanah punca kelewatan Jambatan Batang Samarahan

-

KUCHING: Masalah tanah melibatkan penduduk kampung menjadi punca kelewatan kerja pembinaan Jambatan Batang Samarahan sepanjang 774 meter.

Bagaimanap­un menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, masalah itu telah dapat diselesaik­an dan dijangka siap menjelang Jun 2018.

“Setakat ini tahap kemajuan projek telah mencapai 75 peratus dan kita akan memantau rapi projek ini.

“Saya yakin kontraktor akan dapat menyiapkan jambatan ini dan jangkaan saya jika tidak ada masalah lain jambatan ini akan dapat disiapkan lebih awal daripada jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kelewatan kerjakerja pembinaan Jambatan Batang Samarahan seperti yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang baru-baru ini.

Terdahulu Fadillah menghadiri Majlis Penyampaia­n Hadiah Karnival Sukan Pertubuhan Belia Hindu Kuching (KHYO) di sebuah hotel di sini semalam.

Jambatan bernilai RM93.88 juta ini merentasi Batang Samarahan menghubung­kan Kampung Baru dengan Kampung Tambey, mula dibina pada awal 2016 dan dijangka siap awal 2018.

Disebabkan masalah tanah, projek ini berhadapan dengan kelewatan dan dilanjutka­n sehingga Jun 2018.

Dalam perkembang­an berkaitan, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata beliau akan memantau rapi kerja-kerja pembinaan laluan bawah tanah di Bulatan Datuk Abang Kipali Abang Akip.

“Projek ini adalah di bawah kerajaan negeri yang diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi oleh kerana ia adalah dalam kawasan Petra Jaya maka saya akan memantau rapi projek ini.

“Setakat ini, saya gembira dengan kemajuan projek ini cuma saya ingin menegur beberapa perkara untuk tindakan segera pihak perunding, JKR dan kontraktor.

“Salah satunya, apabila projek ini dibina ada beberapa rumah yang terjejas dan apabila berlaku hujan berlaku takungan air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia