Utusan Borneo (Sarawak)

Kilang proses durian bakal dibina di Serian

Ia bagi memasarkan buah durian lebih sistematik untuk lonjak ekonomi rakyat: Uggah

- Oleh Saleman Senin

DEBAK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitah­u bahawa sebuah kilang memproses buah durian akan dibina di bahagian Serian bagi memasarkan buah durian secara lebih sistematik agar dapat melonjakka­n ekonomi rakyat.

“Ini satu pendekatan baharu berhubung pengeluara­n hasil tani yang dirancang bagi membangunk­an ekonomi masyarakat luar bandar.

“Hasil lawatan ke ladang durian di negeri Johor barubaru ini telah membawa kepada pendekatan yang meyakinkan untuk kita membawa pembanguna­n ekonomi rakyat luar bandar di negeri ini.

“Kerajaan negeri bersetuju bekerjasam­a dengan Kerajaan Negeri Johor untuk mewujudkan sebuah kilang pemprosesa­n buah durian untuk dieksport keluar negara bagi memberi peluang kepada penanam durian mendapat hasil lebih lumayan,” katanya.

Jelasnya, beliau mengadakan lawatan kerana telah memohon menubuh

Ini satu pendekatan baharu berhubung pengeluara­n hasil tani yang dirancang bagi membangunk­an ekonomi masyarakat luar bandar. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Perdana Menteri

satu pusat pengumpula­n buah durian di Serian.

“Kita akan terima mereka (Johor) kerana pengalaman dan hasil membanggak­an dengan pengendali­an secara sistematik dan moden,” katanya.

Pada masa sama kerajaan mewujudkan pusat pengumpula­n hasil pertanian di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Layar yang telah memasuki fasa akhir.

“Saya mahu Jabatan Pertanian mencari data tepat untuk petani dan peladang menanam tanaman termasuk durian, rambutan dan buah-buahan lain yang mengeluark­an hasil sebagai keluaran di pusat pengumpula­n dan buat laporan dalam masa dua minggu dari sekarang,” tegasnya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata demikian pada Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya Debak 2017 di Dewan Perpaduan Debak di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Saribas Mohamad Razi Sitam, Residen Bahagian Betong Friday Belik, Pegawai Daerah Betong Khalid Andong, ketua- ketua jabatan dan masyarakat serta penduduk di kawasan Debak.

 ??  ?? SIMBOLIK: Uggah bersama tetamu kehormat yang lain menggulung tikar tanda berakhirny­a Gawai Dayak pada Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya Debak 2017 di Dewan Perpaduan Debak semalam.
SIMBOLIK: Uggah bersama tetamu kehormat yang lain menggulung tikar tanda berakhirny­a Gawai Dayak pada Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya Debak 2017 di Dewan Perpaduan Debak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia