Utusan Borneo (Sarawak)

Anak muda disaran fokus akademik demi pembanguna­n Sarawak

-

MIRI: Anak muda disaran menumpukan sepenuh perhatian dalam meningkatk­an taraf pendidikan agar dapat mencapai kejayaan tinggi demi kelangsung­an pembanguna­n negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dunia kian berubah mengikut arus semasa menuntut generasi kini menambah pengetahua­n dan kemahiran agar tidak ketinggala­n kelak.

“Bagi mereka yang berpendidi­kan tinggi dan mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta perlu bekerja bersungguh-sungguh agar dapat bersama menyumbang kepada pembanguna­n negeri Sarawak,” katanya.

Jelasnya, kumpulan yang menjalanka­n perniagaan dan perusahaan juga harus bersungguh-sungguh memasar dan mempromosi produk mengguna teknik pemasaran terbaik.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Persatuan Anak Jati Lawas Miri di Kompleks Islam Sarawak, semalam.

Awang Tengah menambah, inisiatif Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dalam memperkasa ekonomi negeri ini menerusi ekonomi digital mampu membawa usahawan pergi jauh dalam memasarkan produk mereka.

“Disebabkan ini saya mahu generasi muda berpendidi­kan tinggi dapat memahami konsep sebenar ekonomi digital dan cara yang betul mengaplika­sikannya kelak,” katanya.

Katanya, komuniti di Lawas yang mencari rezeki di Miri juga perlu menyesuaik­an diri dengan masyarakat setempat.

“Ini adalah penting agar kita dapat memupuk sikap saling memahami dan tolong menolong dengan penduduk setempat agar keharmonia­n itu akan terjalin.

“Anda juga diingatkan agar menghormat­i dan memberi sokongan penuh kepada pemimpin tempatan agar segala bentuk pembanguna­n dan masalah dapat disalur melalui saluran betul,” katanya.

Pada majlis sama, Awang Tengah turut mengumumka­n peruntukan RM40,000 kepada persatuan tersebut bagi menjalanka­n aktiviti dan program bagi komuniti Lawas di Miri.

Turut hadir Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Pengerusi Persatuan Anak Jati Lawas di Miri Alias Mail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, ADUN Lambir Ripin Lamat dan Residen Miri Sherrina Husaini.

 ??  ?? SIMBOLIK: Awang Tengah (enam kiri) ditemani isterinya Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud (tujuh kiri) memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan Lee (empat kiri), Rosey (tiga kiri), Sherrina (dua kanan).
SIMBOLIK: Awang Tengah (enam kiri) ditemani isterinya Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud (tujuh kiri) memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan Lee (empat kiri), Rosey (tiga kiri), Sherrina (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia