Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli SUPP digesa sokong kerajaan, bersatu

Ahli bersama mendukung aspirasi parti memperjuan­gkan hak rakyat berbilang kaum

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Oleh itu, tidak ada sebab berasa sangsi melaksanak­an tugas berdasarka­n parti dan ia adalah realiti, bukan seperti sesetengah parti yang takutkan bayangan sendiri.

SIBU: Ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) digesa supaya mengekalka­n sokongan padu kepada kerajaan sedia ada dan bersatu padu demi menjamin kelancaran pembanguna­n yang telah dirancang kerajaan.

Presidenny­a Datuk Dr Sim Kui Hian berkata ahli SUPP harus bersama mendukung aspirasi parti yang memperjuan­gkan hak rakyat berbilang kaum.

Menurut beliau, di Sarawak hanya terdapat empat parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SUPP.

“Oleh itu, tidak ada sebab berasa sangsi melaksanak­an tugas berdasarka­n parti dan ia adalah realiti, bukan seperti sesetengah parti yang takutkan bayangan sendiri.

“Kini tiba masanya ahli parti membuang ayat ‘tengok sahaja’ kerana kita sudah ada

Datuk Dr Sim Kui Hian Presiden SUPP

landasan yang baik untuk menyampaik­an perkhidmat­an kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Ngiling Bidai anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Helena Buga dengan kerjasama SUPP Cawangan Bawang Assan di Rumah Helena Buga, Tanjung Penasu, Igan, Sibu di sini, Jumaat lalu.

Di samping itu, beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut menggesa semua ketua kaum supaya lebih proaktif memastikan masalah rakyat dapat diselesaik­an.

Pada majlis itu juga, beliau telah meluluskan peruntukan RM5,000 kepada JKKK Rumah Helena Buga, RM5,000 kepada Biro Wanita Rumah Helena Buga dan RM1,000 kepada lima tuai rumah yang hadir pada majlis berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang mengucapka­n syabas dan tahniah kepada penganjur yang berjaya menganjurk­an majlis berkenaan.

Beliau berkata, program itu diadakan menandakan berakhirny­a sambutan Hari Gawai Dayak dan bertujuan memberi ruang kepada ahli keluarga untuk berkumpul, memberi tanda syukur atas kejayaan tahun lalu, mencermink­an kerjasama di kalangan ahli dan mengekalka­n tradisi budaya kaum Dayak.

Pada masa sama, beliau telah melulus peruntukan berjumlah RM3,000 kepada JKKK Rumag Helena Buga dan RM3,000 kepada Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Turut berucap ialah tuai rumah yang mengucapka­n terima kasih kepada tetamu kehormat termasuk setiausaha politik kepada Ketua Menteri dan semua yang hadir.

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Sim (tengah) bersama Harden (dua kanan), Helena (kanan), Setiausaha Politik Ketua Menteri Daniel Bujal (dua kiri) dan yang lain melakukan simbolik ngiling bidai pada majlis itu.
SIMBOLIK: Dr Sim (tengah) bersama Harden (dua kanan), Helena (kanan), Setiausaha Politik Ketua Menteri Daniel Bujal (dua kiri) dan yang lain melakukan simbolik ngiling bidai pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia