Utusan Borneo (Sarawak)

234 orang botakkan kepala pada ‘Go Blad 2017’ di Kuching

-

KUCHING: Seramai 234 orang membotakka­n kepala bagi merasai penderitaa­n kanak-kanak yang menghidap kanser pada ‘Go Blad 2017’ di CityOne Megamall semalam.

Melaluinya juga Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak ( SCCS) berjaya mengumpul dana sebanyak RM280,000 daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan korporat.

Sejak ia dimulakan pada 2009, pihak SCCS berjaya membantu lebih daripada 1,000 kanak- kanak yang menghidap kanser dan kelurga mereka dalam pelbagai cara.

Semalam pada sesi pertama membotakka­n kepala yang dilakukan oleh pasukan pendandan daripada Ray’s Salon menyaksika­n penampilan penghidap kanser Winnie Foo dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang See Chee How.

Selain itu turut serta adalah bekas Presiden SCCS Rizal Sahari serta Adrian Jampi dan Syamsuri Bohri iaitu bapa kepada anak-anak yang menghidap kanser di sini semalam.

Ramai juga daripada kalangan ibu bapa yang anaknya yang telah tiada dan penghidap kanser turut menyertai acara itu.

Masing-masing menerima baju kemeja SCCS, gelang getah dan gambar percuma sebagai kenangan.

Pihak SCCS turut mengadakan jualan cenderamat­a dan penyertaan bagi Program Derma Bulanan SCCS bagi orang ramai melalui autodebit bernilai tidak kurang RM30 sebulan.

Terdapat juga kaunter yang dibuka oleh Malaysian Stem Cell Registry untuk disertai orang ramai bagi membantu kanak-kanak dan mereka yang memerlukan.

‘Go Bald 2017’ akan diteruskan di Delta Mall, Sibu pada 16 Julai, Permaisuri Imperial City Mall, Miri pada 23 Julai dan ParkCity Mall, Bintulu pada 30 Julai nanti.

Untuk keterangan lanjut mengenai program yang dianjurkan oleh SCCS, sila hubungi talian 082-686276 atau e-melkan kepada gobald@sccs.org.my atau www. facebook.com/Gobald.

Turut hadir Presiden SCCS Jocelyn Hee dan Penasihat SCCS Datin Patinggi Puan Sri Datuk Lorna Enan Muloon.

 ??  ?? UNTUK KEBAJIKAN: Jocelyn mengguntin­g rambut See pada ‘Go Bald 2017’ di CityOne Megamall semalam.
UNTUK KEBAJIKAN: Jocelyn mengguntin­g rambut See pada ‘Go Bald 2017’ di CityOne Megamall semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia