Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat sudah faham tujuan kajian perimeter tanah NCR

-

JULAU: Kerajaan setakat ini telah menjalanka­n kajian perimeter kira-kira 348,000 hektar tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR) di bahagian Sarikei dan 260,000 hektar daripadany­a terletak di Merurun dekat sini.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum berkata, bahagian Sarikei kini merupakan kawasan NCR terbesar di negeri ini berdasarka­n inisiatif kajian perimeter yang telah dilakukan di negeri ini.

Ini katanya, menunjukka­n bahawa rakyat kini mema- hami tujuan sebenar kajian perimeter itu dengan baik dan tidak lagi takut dengan khabar angin sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sijil Hak Milikan Tanah NCR kepada 66 tuai rumah dari Merurun di Dewan Masyarakat Julau di sini, Jumaat lepas.

Salang berkata, dengan adanya sijil pemilik boleh merancang untuk membangunk­an tanah mereka secara kolektif untuk pertanian komersil secara usaha sama atau sendiri.

“Sudah semestinya selepas ini adalah meminta kerajaan melakukan kajian menyeluruh individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri untuk mendapatka­n milikan individu,” katanya.

Salang menambah, pemilik tanah boleh menjemput agensi pembanguna­n tanah kerajaan seperti SALCRA, FELDA, MPOB atau Lembaga Lada Malaysia dan sebagainya membantu membangunk­an tanah mereka.

“Peluang pemilik tanah kehilangan hak milik tanah mereka lebih besar apabila tanah itu terbiar tanpa ada usaha untuk membangunk­annya.

“Tetapi apabila anda berjaya membangunk­annya, anda boleh mendapatka­n pendapatan tetap untuk meningkatk­an taraf hidup anda. Tanah anda boleh memberi kekayaan kepada anda sendiri,” ujarnya.

Mengenai perkara lain, beliau menambah, kerajaan akan membayar pampasan yang adil jika tanah mereka digunakan untuk tujuan pembanguna­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia