Utusan Borneo (Sarawak)

Johor pertimbang tambah ketua masyarakat Sarawak

35,000 warga S’wak di Johor hanya diwakili seorang ketua

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri bersedia untuk menambah bilangan ketua masyarakat Sarawak di sini sekiranya jumlah sedia ada tidak mencukupi, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, dianggarka­n terdapat kira-kira 35,000 warga Sarawak menetap di Johor ketika ini terutama di kawasan Pasir Gudang dan mereka diwakili oleh seorang ketua masyarakat yang dilantik kerajaan negeri serta menerima elaun.

“Jika tidak cukup, insyaAllah kita bersedia menambah jumlah ketua masyarakat yang dapat memberi perhatian dan membantu kerajaan negeri menyelesai­kan semua isu dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Sarawak,” katanya keti- ka berucap pada Majlis ‘Pengerami Ngiling Bidai’ 2017 (Majlis Penutup Pesta Gawai) di Pasar Borneo, Taman Kota Puteri Masai di sini malam kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Snowdan Lawan dan Pengerusi Persatuan Borneo Johor Donny Linan.

Sementara itu, Mohamed Khaled menggesa masyarakat Sarawak agar terus bersama kerajaan Johor dalam merealisas­ikan aspirasi menjadikan negeri itu sebagai kuasa ekonomi baharu di Malaysia dan rantau ini.

“Jika ini dapat dilakukan, maka kita akan lahirkan banyak peluang (ekonomi) yang boleh direbut dan diambil manfaat oleh semua yang ada di Johor termasuk masyarakat Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Uggah berkata segala jasa dan bantuan yang disalurkan kerajaan negeri Johor kepada masyarakat Sarawak selama ini harus dibalas dengan menyokong Menteri Besarnya pada pilihan raya umum akan datang.

“Atas dasar keprihatin­an beliaulah (Khaled Nordin) anak Sarawak ada kerja, ada tempat berniaga untuk mencari pendapatan di sini.

“Jadi, saya berharap apabila kita semua mengundi, jangan lupa memilih parti yang dapat mentadbir negeri dan negara secara efisien,” katanya. — Bernama

Jika tidak cukup, insya-Allah kita bersedia menambah jumlah ketua masyarakat yang dapat memberi perhatian dan membantu kerajaan negeri menyelesai­kan semua isu dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Sarawak. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar Johor

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Salleh Said (kanan) bersama Ismail Sabri (kiri) yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera 2017 di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Salleh Said (kanan) bersama Ismail Sabri (kiri) yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera 2017 di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia