Utusan Borneo (Sarawak)

Lapor segera kes dadah libatkan guru, pelajar

-

SUNGAI PETANI: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) dan pihak sekolah digesa untuk tidak melindungi serta melaporkan segera sebarang kes penyalahgu­naan dadah melibatkan kakitangan, guru atau pelajar.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkap Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata langkah itu perlu dibuat jika mahu usaha membantera­s najis dadah, berjaya.

“Saya tidak mahu manamana bahagian pengurusan sama ada JPN, PPD atau sekolah, melindungi manamana individu yang terlibat dengan penyalahgu­naan dadah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program My Beautiful Pemadam di Kampung Segantang Garam dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penahanan seorang guru sekolah bersama 13 lagi individu yang disyaki terlibat dalam penagihan dadah, menerusi Ops Segantang Garam yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini, kelmarin.

Tajul Urus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai berkata, berdasarka­n rekod, guru sekolah terbabit sudah tiga kali ditahan dan diberi amaran sebelum sekali lagi dicekup sewaktu mahu melepaskan gian, kelmarin.

“Guru berkenaan sebelum ini tidak berkhidmat selama setahun, tahun lepas, tetapi kita akan lihat kembali bagaimana dia boleh kembali mengajar di sekolah.

“Satu jawatankua­sa khas akan diwujudkan segera bagi mencari alternatif agar keluarga tampil mendaftark­an anggota keluarga mereka yang terlibat dengan dadah, untuk kita bantu golongan itu bebas dadah,” katanya.

Dalamperke­mbangansam­a, Tajul Urus turut menggesa pihak berkuasa agar dapat meneliti semula undang-un- dang sedia ada yang berkaitan dengan penyalahgu­naan dadah memandangk­an pelaksanaa­nnya kini dilihat tidak memberikan impak positif.

Sementara itu, Program My Beautiful PEMADAM semalam yang melibatkan pelbagai pihak dan agensi, tertumpu kepada kerja membersihk­an lokasi penagihan dadah di Kampung Segantang Garam, yang diserbu kelmarin, melibatkan kerja meroboh pondok penagih yang didirikan di sepanjang laluan sejauh lebih 200 meter, bersebelah­an kolam terna- kan udang dan hutan paya bakau.

Tajul Urus berkata, Kuala Muda merupakan antara daerah yang tertinggi jumlah penagih berdaftar di negeri ini, iaitu 1,180 orang bagi tempoh sehingga Jun tahun ini.

“Selain Segantang Garam yang mempunyai dua kampung iaitu Kampung Segantang Garam dan Kampung Kuala Segantang Garam, dua lagi lokasi aktif di Kuala Muda ialah Kota Kuala Muda dan Kongsi 11,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SARANG PENAGIH DADAH: Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkap Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain (dua kanan) melihat tempat yang dijadikan...
— Gambar Bernama SARANG PENAGIH DADAH: Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkap Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain (dua kanan) melihat tempat yang dijadikan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia