Utusan Borneo (Sarawak)

Reezal Merican ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat CFM OIC di Abidjan

-

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Majlis Menteri Lua r ( C F M ) P e r t u b u - han Kerjasama Islam (OIC) ke- 44 di Abidjan, Cote d’Ivoire dari 10 hingga 11 Julai ini.

Wisma Putra dalam kenyataann­ya berkata penyertaan Malaysia dalam mesyuarat itu mencermink­an komitmen dan sokongan berterusan negara ini terhadap usaha OIC dalam menangani isu semasa yang dihadapi umat Islam.

“CFM ke-44 akan membincang­kan isu politik, ekonomi dan sosiobuday­a yang melibatkan umat Islam, dengan tema, ‘Peranan Belia, Keamanan dan Pembanguna­n dalam Perpaduan Dunia’.

“Pada mesyuarat CFM itu, Datuk Seri Reezal Merican akan menyampaik­an kenyataan negara tentang peranan belia dalam memupuk keamanan dan pembanguna­n,” kata kenyataan tersebut.

M e n u r u t W i s - ma Putra, Reezal Merican juga dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan ketua delegasi lain bagi membincang­kan isu kepentinga­n dan kebimbanga­n bersama.

Kenyataan itu berkata se- si CFM adalah mesyuarat tahunan para Menteri Luar OIC bagi menilai kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaa­n keputusan dan resolusi yang diterima pakai pada sidang kemuncak dan mesyuarat CFM sebelumnya.

Mesyuarat itu juga akan menimbang dan meluluskan program, bajet serta laporan kewangan dan pentadbira­n Sekretaria­t Agung OIC serta organ subsidiari OIC, katanya.

M e n u r u t k e n y a t - aan itu Reezal Merican akan diiringi para pegawai kanan Wisma Putra dan Jabatan Perdana Menteri pada mesyuarat berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia