Utusan Borneo (Sarawak)

Hubungan akrab hasil kepimpinan pentingkan perpaduan, keharmonia­n

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama yang akrab di negeri ini adalah hasil kepimpinan yang mementingk­an perpaduan dan keharmonia­n rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semangat kesatuan masyarakat berbilang kaum dan agama dapat dilihat menerusi amalan kunjung mengunjung semasa musim perayaan.

“Maklum balas ini disuarakan oleh masyarakat bukan Islam yang datang ke majlis ( ramah- tamah Aidilfitri) kita pada hari ini yang mana mereka berjumpa dengan TYT (Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) dan mengatakan perhubunga­n antara kaum yang sangat akrab adalah hasil kepimpinan yang terdahulu hingga kini.

“Malah, ramai yang datang pada hari ini terdiri daripada bukan sahaja kalangan masyarakat Islam tetapi bukan Islam juga datang bersama-sama bagi memeriahka­n majlis kita pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri anjurannya di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini semalam.

Malah, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata keharmonia­n dalam penyerahan kuasa kepimpinan negeri juga mendapat pujian daripada pelbagai pihak termasuk pembangkan­g.

“Penyerahan pucuk kepimpinan negeri daripada Tun Pehin Sri Taib kepada Allahyarha­m Tok Nan (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) sangat lancar dan selepas pemergian Tok Nan, peralihan kepimpinan negeri kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg juga sangat lancar.

“Suasana ini amat dibanggaka­n dan budaya seperti ini perlu diteruskan, keharmonia­n dan kesatuan dalam kalangan rakyat dikekalkan. Inilah antara sesuatu yang saya amat hargai,” tambahnya.

Menyentuh tentang majlis itu, beliau tidak menjangkak­an kehadiran tetamu yang begitu ramai.

“Lebih 10,000 tetamu hadir pada hari ini walaupun kita tidak menjangkak­an ia sebanyak itu, saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir pada majlis kami hari ini (semalam),” ujarnya.

Pada majlis itu, Nancy turut menerima kunjungan daripada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ditemani Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Selain itu, Ketua Menteri bersama isteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang bersama rombongan turut meluangkan masa mengunjung­i rumah terbuka Nancy.

Turut sama mengunjung­i rumah terbuka itu semalam, bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Norkiah, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, wakil- wakil rakyat Parlimen dan negeri dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? HARMONI: Nancy menyambut tetamu yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjurannya semalam.
HARMONI: Nancy menyambut tetamu yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjurannya semalam.
 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Nancy bersama keluarga merakam kenangan raya bersama Abang Johari dan Juma’ani.
RAKAM KENANGAN: Nancy bersama keluarga merakam kenangan raya bersama Abang Johari dan Juma’ani.
 ??  ?? MERIAH: Suasana Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Nancy di Dewan Undangan Negeri Lama semalam.
MERIAH: Suasana Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Nancy di Dewan Undangan Negeri Lama semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia