Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 20 individu ‘merusuh’ di KLCC

-

KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre ( KLCC) di sini gempar apabila sekumpulan lelaki secara tiba- tiba ‘ merusuh’ serta mencetuska­n kekecohan dengan membaling botol ke arah orang ramai yang berada di kawasan itu.

Lebih 20 lelaki berpakaian hitam, bertopeng dan mengibar bendera merah berada di kawasan tumpuan pelancong itu kira- kira jam 10 pagi dan dilihat memaki hamun pihak polis serta pengawal keselamata­n apabila diminta bersurai secara aman.

M e r e k a t u r u t b e r - t i n d a k m e r e m p u h d a n memukul anggota polis sebelum anggota pasukan Polis Simpanan Persekutua­n ( FRU) melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraika­n mereka.

Bagaimanap­un, insiden selama satu jam itu hanyalah latih amal Ex- Rimau 2017 yang diadakan di KLCC sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsun­g bulan depan.

PDRM dalam kenyataan semalam berkata pegawai dan anggota polis akan berada di sekitar lokasi itu bagi latih amal yang bermula semalam sehingga hari ini pada jam 8 pagi hingga 2 petang.

Kenyataan itu berk a t a l a t i h a m a l b e r k - enaan meliputi pelbagai elemen Polis Diraja Malaysia ( PDRM) iaitu Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Tindakan Khas (UTK), 69 Komando, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutua­n ( PSP), Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) serta anggotaang­gota tugas am.

Selain itu, latihan berkenaan dapat menguji keberkesan­an perancanga­n dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamata­n serta peranan dan tugas Komander- Komander Briget sebagai ketua Pasukan Tindakan Krisis (CRT).

Sempena persiapan menjelang Sukan SEA pada 19 hingga 30 Ogos ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahka­n PDRM supaya mengadakan latih amal persiapan sebanyak lima siri termasuk di KLCC. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAWAL KEKECOHAN: Penunjuk perasaan melakukan kekasaran terhadap anggota Polis Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) yang cuba mengawal kekecohan di tempat awam pada Latih Amal Ex Rimau sempena Temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur City Centre (KLCC),...
— Gambar Bernama KAWAL KEKECOHAN: Penunjuk perasaan melakukan kekasaran terhadap anggota Polis Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) yang cuba mengawal kekecohan di tempat awam pada Latih Amal Ex Rimau sempena Temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur City Centre (KLCC),...
 ?? — Gambar Bernama ?? ELAK INSIDEN: Latihan yang berlangsun­g semalam dan hari ini bertujuan menghalang sebarang insiden yang boleh mengancam ketenteram­an awam sewaktu berlangsun­gnya temasya sukan itu pada 19 hingga 30 Ogos di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama ELAK INSIDEN: Latihan yang berlangsun­g semalam dan hari ini bertujuan menghalang sebarang insiden yang boleh mengancam ketenteram­an awam sewaktu berlangsun­gnya temasya sukan itu pada 19 hingga 30 Ogos di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia