Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita tertikam semasa bergaduh dengan kekasih

Kekasih berusia 16 tahun marah mangsa telefon kawan lama

-

ALOR SETAR: Kehadiran lebih 100 anjing liar di kawasan perumahan Taman Low Ju Huat dan Taman Jaya Kami berhampira­n Pasar Cowboy di sini nyata meresahkan penduduk di kedua-dua penempatan itu.

Menurut seorang penduduk Taman Low Ju Huat, Mahadzir Hashim, 60, jumlah anjing liar di kawasan tersebut semakin bertambah sejak awal tahun ini dan lebih buruk, menjadikan laman rumah mereka sebagai tempat tidur dan berkumpul.

“Antara faktor utama anjing semakin banyak adalah kerana ada orang yang tidak bertanggun­gjawab membuang anjing mereka di kawasan bangunan terbiar berhadapan dengan pasar.

“Lebih memburukka­n keadaan, terdapat mereka yang suka datang memberi makanan kepada haiwan itu yang menyebabka­n anjinganji­ng suka berkumpul di kawasan ini,” katanya yang menetap di situ lebih 20 tahun lalu.

Tambah Mahadzir, kehadiran anjing liar itu bukan saja mengancam keselamata­n penduduk terutama kanak-kanak dan orang tua tetapi ia menimbulka­n bau busuk akibat tong sampah yang diselongka­r dan najis yang ditinggalk­an anjing tersebut di laman rumah mereka.

“Bukanitusa­ja, bunyisalak­an yang tidak tentu masa terutama waktu malam membuatkan keadaan di sini tidak aman dan menyukarka­n anak-anak yang masih bersekolah mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Aizam Ahmad, 45, berkata, anak-anaknya juga kerap dikejar oleh anjing liar tersebut dan keadaan itu membuatkan mereka agak takut untuk keluar bermain di luar rumah.

“Kalau berbasikal atau menunggang motosikal, lagi suka anjing itu kejar. Belum lagi yang berbelas ekor tidur di laman rumah ni setiap malam. Kadangkala terpaksa gunakan mercun untuk menghalau dan menakutkan haiwan itu,” katanya. — Bernama ALOR SETAR: Seorang janda tertikam di rusuk kiri selepas dilapor bergaduh dengan kekasihnya yang berumur 16 tahun di Taman Desa Kubang Rotan di sini pada jam 3 pagi kelmarin.

Wanita itu Nor Shazuani Zainol, 25, berkata pergaduhan antara mereka tercetus selepas kekasihnya itu mendapat tahu dia menelefon kawan lama untuk menemaniny­a ke Pulau Pinang.

“Dia datang ke rumah sewa saya dan kami mula bergaduh sekitar jam 10 malam kelmarin kerana marah saya telah menghubung­i rakan saya.

“Keadaan menjadi tegang dan saya terpaksa gunakan pisau untuk mempertaha­nkan diri sebelum tertikam di bahagian

Tapi saya tidak akan terimanya semula selepas ini dan harap dia tidak akan ganggu saya lagi.

rusuk saya sendiri,” katanya ketika di temui pemberita selepas mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.

Dia juga mengalami lebam sementara kekasihnya dilapor cedera di telapak tangan dan bahu kiri.

Nor Shazuani berkata dia sudah beberapa kali meminta kekasihnya yang bekerja sebagai pembantu kepada pemandu lori ais itu agar tidak datang ke rumahnya terlalu kerap.

“Kami sering bergaduh dan berselisih faham sejak kami bercinta empat bulan lalu kerana dia kuat cemburu. Saya langsung tak sangka perkara ini akan terjadi dan bagi saya kedua-dua kami samasama bersalah.

“Tapi saya tidak akan terimanya semula selepas ini dan harap dia tidak akan ganggu saya lagi,” katanya.

Sementara itu bapa tirinya yang berumur 44 tahun berkata, lelaki itu sendiri yang menelefonn­ya dengan mengatakan anaknya cedera sebab tertikam pisau pada jam 4 pagi.

“Saya pergi ke rumah anak saya dan tengok kedua-duanya berlumuran darah, terus saya bawa Nor Shazuani ke hospital,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin yang dihubungi mengesahka­n menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

“Barang bukti iaitu sebilah pisau turut ditemui di tempat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaaan dan suspek kini direman sehingga 12 Julai bagi membantu siasatan,” katanya. — Bernama

Nor Shazuani Zainol Mangsa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia