Utusan Borneo (Sarawak)

Deria dengar yang cekap selamatkan jururawat

-

SHAH ALAM: Kalau tidak kerana deria dengarnya yang cekap mengesan bunyi ‘beep’ di bahagian belakang keretanya, jururawat P. Janagi, 27, mungkin maut atau setidak-tidaknya cedera parah.

Bunyi ‘ beep’ itu datang dari sebutir peranti letupan, yang menurut polis, berupaya menyebabka­n letupan kecil dan mungkin boleh meragut nyawa.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 10 malam kelmarin semasa Janagi dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, sebuah klinik swasta di pekan Kapar dekat sini.

Dalam keadaan cemas, Janagi segera membawa Proton Saganya ke rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar yang kebetulan ter- letak di jalan laluan pulangnya.

Hasil pemeriksaa­n, bapa saudaranya menemui sejenis objek seperti bahan letupan terlekat di bumper kereta mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi berkata: “Setelah objek tersebut dicabut, ia masih mengeluark­an bunyi ‘beep’ sebelum mangsa memaklumka­n insiden berkenaan kepada pihak polis,” katanya.

Fadzil berkata sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor bergegas ke lokasi dan hasil pemeriksaa­n mendapati objek berkenaan adalah peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED).

“IED itu dapat dimusnahka­n di kawasan padang bola bersebelah­an Balai Polis Kapar dengan menggunaka­n robot pemusnah bom kira-kira 2.30 pagi tadi (semalam),” katanya sambil menambah motif kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia