Utusan Borneo (Sarawak)

Doakan Syazana Amirah kembali pulih: Keluarga

-

KUALA LUMPUR: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang mengalami retak di bahagia n t e n g k o r a k , d i p e r - cayai akibat dipukul dalam satu kejadian samun di rumahnya di Kampung Masjid, Kajang pada Jumaat lepas, selamat menjalani pembedahan pagi semalam.

Ibu saudaranya S i - t i H a i s h a h M a n s o r , 30, berkata Syazana Amirah Asshaari selesai menjalani pembedahan di kepala selama lebih tujuh jam bermula jam 4 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur ( HKL).

S i t i H a i s h a h y a n g ditemui Bernama di HKL semalam berkata, Syaza- na Amirah yang dipanggil Nana belum sedarkan diri dan kini ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi Neurologi.

“Memang ini perbuatan di luar batasan dan s a y a t e r k e j u t dengan apa yang terjadi kepada Nana... kami mengharapk­an orang ramai turut mendoakan Nana pulih dengan segera seperti biasa,” katanya.

Dalam kejadian kirakira jam 11.15 pagi itu, Syazana Amirah ditemui ibunya Siti Rafiah Mansor, 48, dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan berlumuran darah serta kecederaan di kepala dan dagu.

Kelmarin, Ketua Po- lis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaa­n mendapati tengkorak mangsa di sebelah kiri dan kanan retak dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan tajam.

O t h m a n b e r k a t a d u a unit telefon bimbit serta dompet milik mangsa juga dilaporkan hilang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia