Utusan Borneo (Sarawak)

MARA tawar tuisyen rakyat percuma kepada calon UPSR dan SPM Perlis

-

PADANG BESAR: Masingmasi­ng 100 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan Parlimen Padang Besar menerima manfaat Program Tuisyen Rakyat@ KKLW sejak Mei lalu yang dianjurkan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Pengerusi YPM Datuk Zahida Zarik Khan berkata program yang dijalankan dengan kerjasama Puteri UMNO itu melibatkan pelajar dari dua sekolah rendah dan enam sekolah menengah yang berasal daripada keluarga berpendapa­tan rendah selain mempunyai pencapaian akademik sederhana.

Program ini menawar- kan bimbingan tambahan secara percuma untuk subjek teras kepada calon UPSR dan SPM, kata Zahida yang j u g a N a i b K e t u a P u - teri UMNO kepada pemberita selepas melancarka­n program tersebut di sini semalam.

Katanya, tumpuan diberikan kepada subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi calon UPSR manakala untuk calon SPM pula difokuskan kepada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Katanya bagi calon UPSR, bimbingan diadakan sejak Mei lepas manakala bagi calon SPM pula bermu- la bulan lalu.

Pelajar-pelajar ini katanya turut dibimbing dalam teknik menjawab peperiksaa­n selain perlu menghadiri kelas intensif serta motivasi sebagai persediaan tambahan yang diadakan dua kali sebulan melibatkan 11 sesi.

“Tahun lepas, sebanyak 60 peratus kenaikan pencapaian dicatat dalam peperiksaa­n UPSR manakala 40 peratus diperoleh bagi peperiksaa­n SPM hasil daripada program tuisyen ini,” katanya kepada pemberita.

Zahida berkata sehingga kini, terdapat 540 Pusat Tuisyen Rakyat di seluruh negara dengan tiga daripadany­a beroperasi di Perlis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia