Utusan Borneo (Sarawak)

Loji air bernilai RM100 juta di Bukit Losong akan dinaik taraf

-

KUALA TERENGGANU: Syarikat Air Terengganu (SATU) akan menaik taraf loji air bernilai kira-kira RM100 juta di Kampung Bukit Losong dekat sini bagi meningkatk­an mutu perkhidmat­an dan menampung keperluan penduduk di daerah Kuala Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu, Ir Atemin Sulong berkata loji yang masih dalam proses reka bentuk itu dijangka siap menjelang tahun 2020.

Beliau berkata loji berkenaan yang berupaya menampung keperluan 80,000 pengguna dalam satu masa juga merupakan loji utama yang menyalurka­n bekalan air sekitar bandar raya ini iaitu Kampung Paloh, Durian Burung, Sungai Rengas, Kuala Bekah dan beberapa buah lagi kampung yang lain.

“Paip-paip di loji ini juga telah berusia kira- kira 63 tahun dan kita sedang berusaha untuk menaik taraf sebagai satu langkah yang lebih sempurna bagi menampung keperluan pengguna di daerah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan paip pecah berdekatan loji air berkenaan di sini semalam.

Kira-kira jam 7 pagi semalam hampir 70,000 pengguna terjejas selepas paip air bersih yang telah uzur dan reput itu pecah.

Mengulas kejadian itu, Atemin berkata pihaknya kini sedang bertungkus- lumus membaik pulih paip tersebut dan bagi tujuan itu katanya kira-kira 15,000 buah rumah akan mengalami gangguan bekalas air sehingga jam 5 petang semalam.

Beliau berkata pihaknya telah mengambil langkah awal dengan menggerakk­an lori- lori tangki khususnya di kawasan tumpuan ramai seperti masjid dan balai raya bagi membekalka­n bekalan air bersih kepada pengguna yang terjejas.

“Kita jangkakan bekalan ini akan pulih sepenuhnya sekitar jam 5 petang dan kerja-kerja membaik pulih masih giat dilaksanak­an jadi kita minta para pengguna supaya bersabar sehingga kerja-kerja ini selesai,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan gangguan tersebut orang ramai boleh hubungi talian aduan di 1-800-882-111 untuk maklumat lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia