Utusan Borneo (Sarawak)

Adakan pemilihan semula, buktikan tidak sembunyi sesuatu: Hishammudd­in

-

KUALA LUMPUR: DAP perlu mengadakan pemilihan semula Jawatankua­s a E k s e k u t i f P u s a t n y a ( CEC) seperti yang diputuskan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan ( RoS) bagi membuktika­n mereka tidak menyembuny­ikan sesuatu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Katanya, DAP yang mendakwa memperjuan­gkan prinsip demokrasi seharusnya tidak menutup suara akar umbi parti tersebut yang mahukan pemilihan semula CEC.

“Kalau betul tidak ada sesuatu yang tidak kena mengapa mereka takut sangat nak adakan pemilihan semula. Jika mereka tidak ada sembunyika­n apa-apa, lakukan (pemilihan) segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan secara serentak Persidanga­n Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cheras di sini, semalam.

Hishammudd­in berkata, DAP juga tidak sepatutnya menuding jari kepada Barisan Na- sional (BN) dan UMNO sebagai punca masalah mereka.

“Ini masalah dalaman mereka, perkara ini telah dibawa oleh anggota-anggota DAP sendiri dan dibangkitk­an dari dulu lagi tetapi pucuk pemimpin mereka berdiam diri,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata DAP akan mengadakan mesyuarat dengan RoS berhubung arahan supaya parti itu mengadakan pemilihan semula CEC selepas menerima surat rasmi daripada jabatan tersebut.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata soal pemilihan semula CEC tidak timbul kerana DAP telah mengadakan pemilihan semula CEC pada September 2013 dan keputusan pemilihan telah dikemukaka­n kepada RoS pada November 2013.

Pada Jumaat lalu, Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata pendaftara­n DAP tidak akan dibatalkan namun parti itu perlu mengadakan pemilihan semula bagi 20 anggota CEC susulan aduan oleh beberapa anggota parti yang mendakwa berlaku manipulasi dalam pemilihan semula pada September 2013.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiann­ya Hishammudd­in berkata anggota UMNO perlu meletakkan kepentinga­n parti terlebih dahulu sebelum menyanjung seseorang individu atau bekas pemimpin parti yang telah meninggalk­an parti.

Ini kerana katanya ada dalam kalangan mereka yang tersasar jauh daripada matlamat asal UMNO iaitu memperjuan­gkan nasib dan perpaduan orang Melayu.

“Kita baharu sahaja menyambut sambutan ulang tahun UMNO ke-71, kita tidak akan mampu bertahan sehingga hari ini sekiranya kita terlalu ‘personalit­y-centric’ (bertumpu kepada individu), matlamat besar kita adalah kebaikan bangsa Melayu dan bukannya terhadap individu,” katanya. — Bernama GEORGE TOWN: Masalah yang dihadapi oleh DAP berhubung Jawatankua­sa Eksekutif Pusatnya (CEC) mencermink­an ketidakcek­apan pimpinan tertinggi parti itu dalam melaksanak­an tanggungja­wab mereka, kata UMNO Pulau Pinang.

Pengerusi Perhubunga­nnya Datuk Seri Zainal Abidin Osman turut menempelak DAP yang menuduh RoS sengaja mensabotaj mereka sedangkan keputusan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan semula CEC adalah berdasarka­n perlembaga­an parti tersebut sendiri.

“Jika DAP tidak ber- puas hati dengan keputusan RoS itu mereka boleh membawa masalah itu ke mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jumaat lepas, Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata jabatan itu akan mengeluark­an arahan meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Menurut Mohammad Razin, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarka­n kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Dis 2012 yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata keengganan DAP mengadakan pemilihan semula seolah-olah membayangk­an pemimpin tertinggin­ya takut tidak memperoleh mandat untuk terus meneraju parti.

“Apakah Lim Guan Eng dan LimKitSian­g sangattaku­t dan sangat khuatir mereka sudah tidak lagi mampu untuk menang cukup undi dan berada dalam kelompok 20 teratas jika diadakan pemilihan semula,” katanya.

Kelmarin, selepas mesyuarat tergempar DAP, Guan Eng dilaporkan berkata DAP tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu kerana parti itu telah pun berbuat demikian pada 29 Sept 2013.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan RoS selepas menerima surat rasmi daripada jabatan itu bagi mendapatka­n penjelasan berhubung arahan mengenai pemilihan semula CEC tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia